Thursday, 23 April 2026

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh...

Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1447H.. Amin ya rabbal alamin... 

Hari ini 22hb April Rabu bersamaan 4 Zulkaedah 1447H (Malaysia)... 

Sekitar 36 hari menuju hari wukuf..

Persediaan menuju kemabruran haji diteruskan:

1. CikYong berbasikal lagi dan ditemani oleh suami. Kami singgah bersarapan di kedai makan di kawasan sawah padi. Disebabkan kami bersarapan, CikYong lewat memasuki kelas bahasa Arab. Ustazah sangkakan CikYong tidak hadir ke kelas kerana sibuk dengan persediaan haji. Minggu ini merupakan minggu akhir CikYong mengikuti kelas bahasa Arab sebelum CikYong pergi mengerjakan haji.

2. CikYong menyambung mendengar rakaman weblinar tadabbur surah Muzammil dan surah Al Hajj. Di samping persediaan haji, CikYong masih mengikuti perkembangan Palestine dan isu2di Timur Tengah. CikYong turut mendengar video podcast dari Thinking Muslim dengan panelnya Sami Hamdi.

https://youtu.be/4Lcy7Haw7WE?si=9ocd1XKXSeHBvLyi

3. Hari ini CikYong meluangkan masa untuk melukis di beg galas TH dan juga selipar Asadi yang akan dibawa ke tanah suci nanti. Oleh kerana beg galas tersebut akan sama dengan para jemaah yang lain, pegawai Th menyarankan agar dibuat penanda di beg tersebut agar tidak tertukar dengan beg jemaah lain. Maka CikYong memilih untuk melukis di beg tersebut agar beg CikYong mudah dibezakan daripada beg yang lain. Begitu juga dengan selipar Asadi yang berkemungkinan besar akan terdapat yang sama.

4. Bacaan buku berkaitan soal jawab ibadah umrah & haji hanya sempat CikYong sambung sedikit sahaja pada hari ini. Walaupun niat asal CikYong ingin menghabiskanya pada hari ini namun tidak berkesempatan.

Lukisan bunga putih di bahagian belakang beg galas TH menggunakan warna akrilik 

Lukisan rumah kampung stsil flat art, di bahagian hadapan beg galas menggunakan warna akrilik 

Selipar Asadi yang telah dilukis bunga merah di atas warna hijau sebagai warna latar belakang, menggunakan warna akrilik 


Wednesday, 22 April 2026

37 hari menuju kemabruran haji

 Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh...

Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1447H.. Amin ya rabbal alamin... 

Hari ini 21hb April Selasa bersamaan 3 Zulkaedah 1447H (Malaysia)... 

Sekitar 37 hari menuju hari wukuf..

Persediaan menuju kemabruran haji diteruskan:

1. Mengambil jubah putih yang telah dibaiki zipnya di kedai jahit

2. Mengambil cermin mata hitam (sunglasses) yang di tempah di kedai cermin mata.

3. Suami tolong ambilkan sumbangan dari masjid di kariah kampung CikYong untuk duyuffurahman 1447H. Sumbangan disampaikan oleh AJK masjid sebelum waktu Asar di pejabat masjid. 

4. CikYong menyambung bacaan buku2 perihal haji. 

5. CikYong mendengar rakaman weblinar berkaitan tadabbur Surah Muzammil dan Surah Al Hajj.

6. Bacaan diteruskan lagi dengan buku Dari Th berkaitan fiqh wanita. 


CikYong rasa teruja menerima sumbangan dari masjid kariah yang berupa duit Saudi. Bolehkah CikYong terus menggunakannya di sana nanti. 


38 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh...

Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1447H.. Amin ya rabbal alamin... 

Hari ini 20hb April Isnin bersamaan 2 Zulkaedah 1447H (Malaysia)... 

Sekitar 38 hari menuju hari wukuf..

Hari ini CikYong mempunyai temujanji di klinik ENT pada pukul 9 pagi. CikYong menghadapi masalah dengan telinga sebelah kiri CikYong di mana ianya telah tersumbat, dipenuhi dengan tahi telinga. CikYong memang pernah mengalami masalah yang sama beberapa kali sebelum ini. Cara rawatan masalah dengan menyedut tali telinga. Peralatan untuk menyedut tersebut hanya terdapat di klinik pakar ENT di hospital. Itulah sebabnya CikYong mempunyai temujanji dengan doktor pakar ENT hari ini. Tidak sampai seminit, doktor telah menyelesaikannya. Dengan ada peralatan yang betul, masalah dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Namun, kebiasaanya cabaran di hospital kerajaan adalah masa temujanji yang lambat. Al maklum, terdapat ramai pesakit yang memerlukan rawatan pada kos yang murah. Memang terdapat sahaja klinik swasta yang ada menyediakan rawatan yang sama, namun kosnya lebih lebih tinggi.

Alhamdulillah, selesai satu lagi persediaan menuju haji mabrur iaitu persediaan kesihatan. Semoga CikYong dan duyuffurahman 1447H kali ini dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat menyempurnakan ibadah haji dengan sebaik2nya. Amin amin ya rabbal alamin.

Pada sebelah petang, CikYong menyambung bacaan buku2 berkaitan haji.

Oh! Tuala decathlon yang dibeli secara atas telah pun tiba. 

3 buah beg telah tersedia, menunggu masa untuk diisi 




36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...