Assalamulaikum pagi yang muncul setelah perginya malam yang sentiasa bertasbih kepada Allah.
23 Mei bersamaan 14 Dzulkaedah hari Khamis.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Pagi ini, CikYong hanya menyediakan sandwich telur untuk bekal anak ke sekolah. Suami tolong belikan nasi lemak untuk dijadikan bekalan anak2 ke sekolah. CikYong juga membuat roti bakar dan telur hancur sebagai lapik perut sebelum anak ke sekolah.
Alhamdulillah CikYong masih berkesempatan mengikuti tafsir Surah Yusuf di ikim.fm dan juga mudarasah hadith ke-8 daripada hadith 40 susunan Imam An Nawawi. Surah Yusuf, masih lagi pada ayat 101, mengulas berkaitan perkataan 'فاطر' yang bermaksud mencipta daripada yang tiada kepada ada. Sementara di dalam mudarasah, membahaskan perbezaan matan di antara beberapa hadith yang lain yang memperkatakan perkara yang sama iaitu wajib memerangi orang Islam yang tidak melunaskan rukun Islam. Perbezaan matannya melibatkan senarai rukun yang menyebabkan halal darah dan hartanya.
Untuk sarapan pagi, suami membeli mee rebus dan rojak di kedai di pekan. Usai bersarapan, CikYong mengikuti pula kelas bahasa arab bersama ustazah secara dalam talian. Pembelajaran hari ini masih lagi berkisar ‘مصدر '. Membina ayat fi’il yang membawa makna yang sama dengan ayat yang menggunakan masdar.
Usai kelas bahasa arab tamat, CikYong masuk pula ke dapur untuk menyediakan makan tengahari. CikYong hanya memasak nasi, asam pedas ikan kembung dan ikan goreng. Ayam masak merah dari dalam peti sejuk, CikYong panaskan sahaja. CikYong memasak sambil mengikuti program MyQurantime di fb live. Surah Al A’raf ayat 18-20 berkaitan bisikan syaitan kepada nabi Adam a.s.
Sebelah petang, anak teruna sulong pergi ke sekolah untuk latihan hoki. Walaupun tidak pasti anak CikYong boleh bermain hoki, CikYong tetap menyarankan agar anak CikYong mengikuti sesi latihan hoki tersebut. Anak teruna kedua pula menghadari kelas sekolah agamanya.
Sebelah petang, CikYong berkesempatan mendengar rakaman sambungan pengajian kisah sahabat iaitu Saidina Abu Bakrb r.a. Kisah pencarian selama 38tahun Abu Bakr mencari tuhan yang sebenar.
CikYong juga berkesempatan memulakan lukisan baru. Hari ini CikYong dapat menyiapkan lakaran dan mewarna sebahagian daripada kelopak2 bunga matahari. Pada masa yang sama, CikYong mendengar kupasan surah At Takwir melalui applikasi Bayyinah yang disampaikan oleh Nouman Ali Khan.
Pada sebelah malam pula, CikYong menyambung bacaan. CikYong dapat menghabiskan bacaan buku kartun ‘Ragam Orang Kita’ dan menyambung buku ‘93 hari di Mesir’.
Hari ke-229 perang di Palestine.
Tiga negara Eropah iaitu Ireland, Norway dan Sepany telah mengisytiharkan pengiktirafan negara Palestine. Perkembangan baru ini merupakan langkah pertama ke arah kemerdekaan Palestine 🇵🇸. InsyaAllah akan lebih banyak negara yang akan mengikut jejak langkah negara2 ini.
Namun, selagi tiada genjatan senjata di Palestine, Israel masih bermaharajalela memusnahkan bumi Gaza dan membunuh rakyat2 Palestine di Gaza dan Tebing Barat. Tekanan yang lebih besar dan intensif terhadap Isreal perlu dilakukan oleh semua pihak yang ingin membantu keberlangsungan kebebasan Palestine.






No comments:
Post a Comment