Sunday, 19 May 2024

Hari ke-139 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah. Siang yang tiba setelah malam berlabuh.

18 Mei bersamaan 9 Dzulkaedah hari Sabtu.

Hari cuti buat anak2 CikYong namun anak teruna kedua CikYong menyertai pertandingan jawi pagi ini. Pertandingan antara sekolah2 agama di dalam daerah ini diadakan pada hari ini bertempat di salah sebuah agama di dalam daerah ini. Terdapat juga acara2 lain yang dipertandingkn termasuklah nasyid, tilawah alQuran, bercerita kisah dari Al-.Quran dan tulisan khat

Pagi ini, anak CikYong telah dihantar ke sekolahnya. Dari sekolah, tenaga2 pengajar membawa murid2 yang terlibat ke tempat pertandingan tersebut.

Sementara itu, CikYong, suami dan anak teruna sulong pergi bersarapan di kedai terlebih dahulu. Usai bersarapan, kami juga pergi ke sekolah di mana pertandingan tersebut berlangsung. Setibanya kami di sekolah tersebut, pertandingan masih belum bermula. Namun anak teruna kedua bersama peserta2 lain telah bersiap sedia berada di meja masing2 di dalam kelas yang telah disediakan. Tidak lama selepas kami tiba, pertandingan pun dimulakan. 

Peserta2 diberikan masa sejam untuk menyiapkan penulisan jawi berdasarkan teks rumi yang diberikan. Pertandingan lain juga diadakan secara serentak. Oleh kerana itu, dapat juga CikYong menonton kumpulan2 nasyid membuat persembahan masing2 di dewan sekolah tersebut.

Setelah anak selesai pertandingan, kami tunggu sebentar menemani anak teruna kedua sebelum kami beredar pulang. Anak teruna kedua pula perlu menunggu sehingga ke acara terakhir iaitu acara penyampaian hadiah.

Setelah selesai semua acara, anak CikYong dan peserta2 lain dibawa pulang oleh tenaga2 pengajar kembali ke sekolahx. Suami CikYong kemudiannya, mengambil anak pulang dari sekolah. Alhamdulillah anak mendapat nombor tiga di dalam pertandingan jawi tersebut.

Di tengahari, suami belikan nasi ayam untuk makan tengahari anak2.

Sebelah petang pula, anak teruna sulong dan rakan2 sekelasnya pergi rumah guru bahasa Inggeris mereka. Pada perancangan asalnya, mereka ingin pergi beraya ke rumah guru mereka. Namun disebabkan tiada masa yang sesuai semasa di dalam bulan Syawal yang laku, maka perancangan tersebut di tangguh kepada hari ini.

Sebelum anak pergi ke rumah gurunya, CikYong meminta suami membawa anak ke kedai bakeri untuk membeli sedikit juadah untuk dibuat buah tangan untuk gurunya.

Pada sebelah petang, CikYong telah menghabiskan bacaan dua buah buku iaitu buku ‘Budak Nurse’ dan ‘Abah’. CikYong juga telah memulakan bacaan buku yang seterusnya iaitu buku yang berjudul ‘Pentas Kehidupan”. Buku ini merupakan anekdot dan citra kehidupan.

Hari ke-224 perang di Palestine.

Video jurucakap rasmi Briged pejuang Izzat Al Qassam iaitu Abu Ubaidah dikongsi di media massa. Intipati ucapan beliau yang sentiasa bersemangat menyampai mesej keutuhan para pejuang untuk memerangi tentera penjajah untuk jangkamasa yang panjang. Dalam pada masa yang sama mereka tetap akan berusaha menghentikan peperangan yang berat sebelah yang membawa kesengsaraan kepada rakyat Palestine. Semoga Allah ganjari usaha jihad para pejuang yang sanggup memikul tanggungjawab yang berat ini. Perjuangan mereka bukan sahaja untuk membebaskan rakyat Palestine dan Al Aqsa daripada cengkaman Isreal tetapi juga membebaskan umat Islam di seluruh dunia daripada cengkaman Zionis. Amin amin ya rabbal alamin.












No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...