Alhamdulillah ke atas nikmat yang dicurahkan oleh Allah swt terhadap hamba2Nya. Semoga segala nikmat disyukuri dan dimanfaatkan ke jalan Allah.
28 Mei bersamaan 19 Dzulkaedah hari Selasa.
Cuti persekolahan penggal pertama di sepanjang minggu ini.
CikYong mengikuti kelas tafsir Surah Yusuf di ikim.fm dan juga mudarasah pengajian kitab Al Wafi berkaitan Hadith ke-8.
Suami belikan nasi lemak sebagai sarapan pagi kami sekeluarga.
Usai bersarapan, CikYong menyambung lukisan bunga matahari. CikYong juga mendengar kupasan mendalam Surah Al Buruj oleh Nouman Ali Khan sambil CikYong melukis. Masih jauh lagi perjalanan menyiapkan lukisan ini, mungkin disebabkan CikYong hanya melukis di waktu kelapangan yang ada. Bak kata orang putih slowly but surely. InsyaAllah.
Untuk makan tengahari, CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng ikan gelama. Tomyam yang dibeli semalam, CikYong panaskan sahaja. Suami pula tolong belikan ayam goreng. Alhamdulillah diatas rezeki makanan yang telah di kurniakan oleh Allah swt.
Menjadi insan yang sentiasa bersyukur akan membantu menghalang sifat kesombongan menapak di hati. Begitulah pengisian tadabbur di MyQurantime hari ini yang menyentuh ayat 29&30 Surah Al A’raf.
Sebelah petang, CikYong dan suami menghantar anak2 ke rumah bonda. Anak2 ingin bermain games bersama sepupu2 mereka yang juga datang ke rumah bonda. Pada masa yang sama, mereka juga menemani opah mereka disebabkan keluarga mak su pulang ke kampung pak su nya. Anak2 CikYong turut tidur di rumah opah mereka pada sebelah malamnya.
Usai menghantar anak2, CikYong dan suami kemudiannya pergi ke pekan untuk membeli beberapa keperluan rumah. Kami juga singgah di kedai kasut untuk suami membeli kasut jogging. Dalam perjalanan pulang, kami singgah membeli burger yang dipesan oleh mak saudara.
Sebelum waktu Maghrib, suami pergi ke rumah bonda untuk membawakan baju persalinan anak2 yang akan tidur di rumah bonda.
Sebelah malam, CikYong menyambung bacaan buku berjudul ‘Kes Kaunseling - Proses dan Rawatan’.
Hari ke-234 perang di Palestine.
Isreal tetap menyerang bertubi2 terhadap rakyat Palestine yang terperangkap di Rafah. Serangan demi serangan bom disasarkan ke atas khemah2 pelarian rakyat Palestine di Rafah. Pengeboman di bahagian tengah dan utara Gaza juga terus dilakukan. Ulasan berita di media barat jelas cuba memesongkan naratif kejadian sebenar yang berlaku di Palestine. Sesungguhnya kejahatan begitu jelas dipaparkan kepada seluruh dunia tanpa dapat diselindung lagi oleh mereka2 yang telah rosak pemikirannya. Mungkin kejadian yang berlaku sekarang merupakan salah satu hikmah yang telah menonjolkan keburukan sebenar yang selama ini cuba diselaputi dengan imej2 keamanan, hak asasi, keadilan. Hipokrit2 telah hilang topeng2 yang dipakainya selama ini. Suatu kebenjatan kerosakan integriti yang menguasai dunia beratus2 tahun selama ini maka telah tiba masa ianya dihancurkan. InsyaAllah kemenangan berpihak kepada kebenaran yang hakiki semakin hampir. Ya Allah kami memohon kekuatan untuk bertahan dan istiqamah di jalan perjuangan ini sehingga ke akhir hayat ini. Amin amin ya rabbal alamin.






No comments:
Post a Comment