Assalamualaikum hari yang diberkati. Semoga semua insan di bumi ini dikurniakan kebijaksaan untuk membezakan kebaikan dan kejahatan.
25 Mei bersamaan 16 Dzulkaedah hari Sabtu.
Hari ini hari pertama cuti persekolahan penggal satu buat anak2 CikYong.
Pagi ini, CikYong menghantar suami dan anak teruna sulong ke padang di pekan. Suami dan anak CikYong berjogging dan berjalan di padang. Anak CikYong berjumpa dengan kawannya yang juga datang ke padang untuk berriadah. Kawan anak CikYong juga datang bersama keluarganya.
Usai menghantar, CikYong singgah membeli nasi lemak bungkus sebelum pulang ke rumah.
Di rumah, CikYong bersarapan bersama anak teruna kedua sebelum CikYong menghantarnya ke sekolah agaman. Hari ini anak CikYong mempunyai kelas tambahan.
Usai menghantar, CikYong pergi semula ke padang untuk mengambil suami dan anak teruna sulong. Setibanya kami di rumah, suami dan anak pula bersarapan.
Pagi ini CikYong berkesempatan juga merumput di tepi rumah dan mencantas pepohon bunga.
Suami pula keluar dan pergi memjenguk bonda di rumah bonda. Ketika pulang dari rumah bonda, suami membawa mee rebus dan rojak. Bonda belikan untuk kami sekeluarga. Suami juga membeli ikan goreng untuk makan tengahari. Oleh kerana itu, CikYong hanya memasak nasi dan memanaskan sup ayam dari peti ais.
Di tengahari CikYong juga berkesempatan mendengar MyQurantime di fb live.
Sebelah petang pula, CikYong menyambung lukisan CikYong. CikYong juga mendengar ulasan Surah Infitaar oleh Nouman Ali Khan melalui aplikasi Bayyinah. Selepas asar, CikYong menyambung pula bacaan dengan memulakan buku yang seterusnya. Buku tersebut berjudul ‘Kopi Diari Biru dan kota Berlin’. Ianya merupakan sebuah novel.
Sebelah malam pula, CikYong membaca sebuah lagi buku berjudul’Mrs. Papa’ yang menceritakan pengalaman empat orang penulis menjalani kehidupan masing2.
Hari ke-231 perang di Palestine.
Rata2 di media sosial berkongsi cerita perihal Mahkamah Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan arahan agar Isreal menghentikan serangannya di Rafah. Keputusan ICJ tersebut di sambut baik oleh kebanyakan negara2 lain di dunia dan juga dari pelbagai pihak kecuali Isreal dan Amerika. Malangnya, Israel 🇮🇱 menunjukkan kedegilannya dengan kengganan mematuhi undang2 antarabangsa malah Israel telah menperhebatkan lagi serangan ke atas Rafah dan bandar2 di senenanjung Gaza.











No comments:
Post a Comment