Friday, 31 May 2024

Hari ke-151 di tahun 2024

 Assalamualaikum salam pagi Khamis yang diberkati. Semoga Allah cucuri rahmat kepada hambaNya yang taat dan bertaqwa di mana juga berada samada di dunia dan di alam barzakh.

30 Mei bersamaan 21 Dzulkaedah hari Khamis.

Hari cuti persekolahan penggal pertama buat anak2 CikYong.

Selepas subuh, CikYong ikuti tafsir Surah Yusuf ayat 102. Perbincangan hari ini adalah perihal Nabi Muhammad saw yang telah diberitahu akan kisah2 dari umat2 terdahulu termasuklah kisah nabi Yusuf a.s. melalui AlQuran. Ianya adalah untuk menyangkal dakwaan orang2 kafir musyrikin dan orang2 yahudi yang cuba menafikan bahawa Nabi Muhammad adalah rasul yang diutuskan oleh Allah.

Usai pengajian tafsir, CikYong ikuti pula mudarasah syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan berkaitan perlunya kurang bertanya hal2 yang tidak membawa apa2 kebaikan. Seperti kisah bani israel yang bertanyakan ciri2 lembu yang diperintahkan untuk dikorbankan

Pagi ini CikYong memasak nasi lemak untuk sarapan pagi. Suami pula keluar berbasikal sendirian. Sementara anak2 tidur semula setelah balik dari solat subuh di masjid.

Usai kami sekeluarga bersarapan, CikYong menyambung lukisan bunga matahari. Anak teruna kedua turut mengulangkaji pelajarannya di bilik belakang tempat CikYong melukis. Sambil CikYong melukis, CikYong membantu anak menghafal perkataan2 bahasa arab.

Di tengahari, CikYong memasak ayam masak merah, bayam masak lemak putih dan ayam goreng tepung. CikYong memasak sambil mendengar MyQurantime di fb live. Hari ini tadabbur surah Al A’raf ayat 33-35. Di antara initipati tadabbur hari ini adalah jauhi perbuatan syirik dan sentiasa perbaiki amalan.

Usai makan tengahari, CikYong menyambung lukisan. CikYong siapkan bahagian tengah bunga matahari sambil mendengar kupasan surah Al Haj melalui aplikasi Bayyinah. Penyampainya adalah Nauman Ali Khan.

Selepas Asar, anak2 dan suami pergi ke rumah bonda. Anak2 bermain badminton bersama sepupu2 mereka. CikYong hanya tinggal di rumah, menyambung bacaan buku berjudul Rencah Kendera Kehidupan’. 

Sebelah malam, CikYong tidur lewat sedikit untuk menyiapkan membaiki baju2 yang telah meretas jahitannya. Seluar sukan suami, anak dan juga CikYong yang telah koyak, CikYong jahitkan semula dengan jahitan tangan sahaja. Anak teruna kedua pula tidur lewat disebabkan beliau tidak dapat tidur. Tidak dapat dipastikan akan sebab musababnya.

Hari ke-236 perang di Palestine.

Pembunuhan rakyat Palestine masih berterusan. Namun hari ini CikYong tidak dapat berkongsikan berita2 perihal Palestine di akaun ig CikYong. Meta telah shadow ban akaun CikYong untuk 29 hari. CikYong cuba kuga membuat hantaran di ig story, namun ianya dihalang oleh Meta. Dari semasa ke semasa, terdapat sahaja akaun2 pro Palestine yang di shadow ban malah ada yang telah di block sepenuhnya seperti akaun ig aktivis pro Palestine Shaun King. Kini beliau menggunakan saluran di Telegram untuk berkongsi berita perihal Palestine. 

Semoga Allah permudahkan segala urusan penyokong2 kebenaran dan Allah hancurkan pengamal kejahatan dan sekutu2nya. Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...