Alhamdulillah di atas kurniaan hujan di awal pagi. Hujan melambangkan hidayah yang turun kepada manusia di mukabumi ini. Bak air hujan yang membasahi bumi, membekalkan air kepada tumbuh-tumbuhan lalu dapat menyuburkannya. Begitulah juga hidayah yang turun boleh menghidupkan hati2 yang telah keras dan mati. Alhmadulillah.
Hari Khamis 16 Mei bersamaan dengan 7 Dzulkaedah.
Hari ini merupakan Hari Guru. Di sekolah anak2 CikYong ada diadakan sambutan hari guru. Ucapan hari guru dikongsikan oleh ibu bapa di grp wassap kelas anak2 CikYong.
Seawal pagi, CikYong menyediakan bekal untuk anak2 ke sekolah. Hari ini mereka dibekalkan dengan roti jala dan kuah kari. Sandwich telur sebagai bekal tambahan.
Pengajian tafsir Surah Yusuf hari ini membincangkan ayat 101. Penafsiran terhadap doa nabi Yusuf a.s. memohon kepada Allah agar beliau diwafatkan sebagai seorang muslim.
Mudarasah pula mengulas lebih lanjut perihal nasihat kepada seorang pemimpin, sebagai huraian kepada Hadith ke-7 di dalam Hadith 40 An Nawawi. Tuntutan pengikut untuk memberi nasihat kepada pemimpin yang melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Islam.
Usai mengikuti mudarasah, suami mengajak CikYong untuk bersarapan di luar. Kami bersarapan di gerai di pekan. CikYong mengambil capati sementara suami mengambil roti canai.
Setibanya di rumah, CikYong mengikuti pula kelas bahasa arab bersama ustazah. Pembelajaran hari ini masih lagi menyentuh perihal مصدر.
Setelah selesai mengikuti kelas bahasa arab, CikYong terus masuk ke dapur. Menu tengahari ini merupakan masak lemak cili padi ikan tenggiri, sayur sawi tumis, ikan goreng dan ayam goreng tepung.
Sebelah petang, CikYong berkesempatan mengikuti pengajian kisah sahabat2 Rasullullah s.a.w. Pengajian masih lagi berkisar pada Sayyidina Abu Bakr r.a. Menyentuh perihal kelebihan2 Sayyidina Abu Bakr iaitu salah satunya adalah beliau seorang yang paling berilmu di dalam bidang ilmu nasab.
CikYong berkesempatan juga mula membaca buku berjudul ‘Pendiam’. Buku ini berkongsi maklumat berkaitan sifat dan karektor seorang introvert dan perbandingan antara introvert dan extrovert. Suatu perkongsian yang bermanfaat untuk mengenali dengan lebih dekat akan diri sendiri dan orang di sekeliling.
Hari ke-222 perang di Palestine.
Angka kematian perang di Palestine yang di catatkan dikatakan sekitar 35K. Walaupun begitu terdapat berita yang mengatakan kemungkinan besar angka sebenar telah melebihi 50K. Masih ramai lagi rakyat Palestine yang dikategorikan sebagai hilang iaitu masih belum di jumpai, masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan yang telah dibom oleh Israel.
Amerika masih memberikn bantuan senjata kepada Israel. Bantuan terbaru merupakan $1Billion di luluskan untuk Israel. Mahkamah Antarabang dan UN tidak berfungsi untuk menghentikan Israel. Seolah2 tiada kuasa besar yang boleh mengatasi Israel dan sekutunya. Ya Allah hanya kepadaMu kami memohon kekuatan dan pertolongan agar kami dapat menmusnahkan musuh yang nyata ini. Amin amin ya rabbal alamin.












No comments:
Post a Comment