Assalamualaikum Selamat Pagi buat semua. Pagi yang mendung namun tetap berbahagia. Matahari tetap muncul menyinarkan cahayanya untuk ke sekian kalinya.
21 Mei bersamaan 12 Dzulkaedah hari Selasa.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini sukantara diadakan di sekolah anak teruna sulong. Ianya merupakan sambungan daripada hari semalam. Hari ini anak CikYong terlibat di dalam acara melontar lembing dan berlari 100m. Hari ini lontaran lembingnya dibatalkan kerana kakinya terpijak keatas garisan sempadan lontaran. Kejadian yang sama juga berlaku semalam ketika anak CikYong melontar peluru. Sebelah petang pula, anak teruna sulong tidak pergi ke latihan hoki.
Di awal pagi CikYong memasak pulut dan kuah gulai kari. Sandwich telur juga CikYong sediakan sebagai bekal tambahan ke sekolah. CikYong masakkan roti telur sebagai makanan lapik perut sebelum ke sekolah.
CikYong mendengar tafsir Al Quran surah Yusof ayat ke-101. Huraian 13 sifat nabi Yusof a.s. telah dikongsikan. CikYong menyambung pula mengikuti mudarasah hadith ke-7 syarah kitab Al Wafi hadith 40 An Nawawi. Cara memberi nasihat seharusnya secara rahsia, tanpa membuka aib orang tersebut.
Pagi ini CikYong dan suami bersarapan nasi lemak yang dibeli sahaja. Usai bersarapan, kami keluar dan pergi ke perpustakaan. CikYong memulang dan meminjam buku2. CikYong juga di maklumkan oleh guru lukisan merangkap perpustakawan bahawa diorama CikYong tempoh hari mendapat hadiah saguhati. Alhamdulillah. Menurut guru lukisan CikYong, disebabkan gambar orang yang putih sahaja, makanya diorama CikYong mendapat kurang markahnya. Walau bagaimanapun, CikYong tetap berpuas hati memandangkan ianya adalah penyertaan kali pertama.
Untuk makan tengahari anak2, suami belikan nasi ayam.
Anak teruna kedua perlu pergi ke sekolah agamanya lebih awal sedikit daripada biasa. Hari ini di sekolahnya diadakan majlis anugerah kecemerlangan. Usai suami mengambil anak teruna sulong pulang dari sekolah, suami menghantar pula CikYong ke sekolah agama anak CikYong. Sekolah menjemput ibu bapa untuk hadir bagi meraikan anak2 yang menerima anugerah kecemerlangan. Ketika CikYong tiba di sekolah, hujan turun dengan lebatnya. Namun di ketika majlis dimulakan, hujan telah mula reda.
Usai majlis, kami singgah sebentar di pasar selasa di kampung CikYong ini sebelum pulang ke rumah.
Selepas solat asar, CikYong memasak nasi dan menggoreng ikan dan telur. Gulai lemak cili padi di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja. Inilah juadah makan petang atau malam.
Lewat petang, sempat juga anak2 CikYong berriadah bermain badminton di hadapan rumah. Dua kali bulu tangkis tersangkut di atas bumbung dan di atas pokok.
CikYong sempat juga menyambung bacaan buku ‘Pentas Kehidupan’.
Sebelah malam CikYong sempat mengikuti video huraian surah At Tahrim oleh Nouman Ali Khan melalui applikasi Bayyinah. Namun CikYong tidak dpat menghabiskan video tersebut. InsyaAllah akan disambung di lain masa.
Hari ke-227 perang di Palestine.
Di media sosial banyak memperkatakan perihal waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Nethanyahu dan menteri perangnta Grantz. Namun tiga orang pemimpin Hamas juga termasuk di dalam senarai waran tangkap tersebut. Sejujurnya CikYong tidak pasti adakah perkembangan terbaru ini akan membuahkan hasil untuk menghentikan perang ini atau pun tidak. Di fahamkan, waran tangkap tersebut masih memerlukan mahkamah ICC untuk meluluskannya. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan membalas terhadap mereka yang melakukan kerosakan di bumi ini terutamanya di bumi Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.











No comments:
Post a Comment