Tuesday, 28 May 2024

Hari ke-148 di tahun 2024

 Alhamdulilah segala puji bagi Allah yang menjadikan manusia dan seluruh alam.

27 Mei bersamaan 18 Dzulkaedah hari Isnin.

Anak2 masih lagi bercuti sempena cuti persekolahan penggal pertama.

Pagi ini CikYong berjaya mengajak anak2 untuk keluar berbasikal. Walaupun hanya berbasikal ke kedai makan di kampung CikYong ini, bagi CikYong ianya sudah memadai. Sebenarnya bukan mudah untuk mengajak anak2 remaja ini untuk keluar. Kami mengambil laluan jauh untuk ke kedai makan. CikYong dan suami memilih juadah bihun goreng, anak teruna sulong pula mee goreng dan anak teruna kedua roti canai. Alhamdulillah di atas rezeki makanan di pagi yang diberkati ini.

Di ketika perjalanan pulang, suami mengajak anak2 untuk berbasikal ke arah kawasan sawah padi namun anak2 pula ingin segera pulang ke rumah. Makanya, hasrat suami dibatalkan sahaja.

Ketika kami tiba di rumah, terdapat sebungkus plastik mengandungi buah bacan di letakkan di belakang kereta. Rupa2nya jiran kami yang memberi buah bacang tersebut. Semalam pula, mak saudara memberi kami buah kuinin. Pagi ini CikYong mengupas beberapa biji buah bacang dan kuinin yang telah masak ranum. Alhamdullillah di atas rezeki makanan.

CikYong susuli pula dengan membakar biskut choc chips dan juga membuat puding roti. Usai kedua2 juadah siap dimasak, CikYong menyambung pula memasak untuk makan tengahari. CikYong hanya memasak nasi, menumis sayur kobis, menggoreng ikan, ayam dan tempe. CikYong panaskan sahaja masak asam pedas di dalam peti ais. Tom yam yang berbaki semalam, rupa2nya telahpun rosak.

Pada sebelah petang, CikYong menghabiskan bacaan buku ‘93 hari di Mesir’. CikYong juga menghabiskan buku biografi seorang jutawan Roselle.

Hari ke-233 perang di Palestine.

Hari ini merupakan antara hari yang terburuk di semenjak peperangan ini bermula. Israel telah mrnyerang bertubi2 khemah2 rakyat Palestine di Rafah yang merupakan zon selamat di bawah perlindungan URNWA. Khemah2 hancur dan berlaku kebakaran besar. Terdapat ramai yang dibakar hidup2. Video yang menyayat hati, jasad kanak2 tanpa kepala, jasad kanak2 dengan sebahagian tengkorak kepalanya telah hancur dan otaknya telah terkeluar memperlihatkan hanya tinggal tengkorak yang kosong. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Hanya kepada Allah kami memohon pertolongan. 












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...