Tuesday, 7 May 2024

Hari ke-127 di tahun 2024

 Assalamualaikum wa rahmatullah hi wabarokatuh..

Salam pagi yang nyaman. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Tiada tujuan kehidupan selain daripada mengabdikan diri kepada Maha Pencipta dan Maha Menguasai.

6 Mei bersamaan 27 Syawal hari Isnin.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Sebelum subuh, CikYong telah mula masuk ke dapur memasak pulut untuk dijadikan bekal ke sekolah anak2 CikYong. Gulai kari daging daripada dalam peti ais, CikYong panaskan. CikYong bawakan bekal tambahan untuk anak teruna sulong iaitu sandwich telur dan creampuff. Anak teruna kedua pula tidak mahu membawa bekal tambahan, oleh kerana itu bekal tambahan hanya untuk si abang sahaja. Anak teruna sulong CikYong akan kongsikannya dengan kawan2 di sekolahnya nanti.

CikYong bersarapan dengan pulut yang masih berbaki dan juga roti telur yang juga berbaki dari sarapan anak2 sebelum ke sekolah tadi.

Usai bersarapan, suami hantarkan CikYong ke hospital swasta yang terletak di pinggir bandar. Hari ini CikYong mempunyai temujanji di klinik mata di hospital tersebut. CikYong menjalani ujian saringan mata untuk mengesan glacoma. Pada temujanji di hospital kerajaan yang lalu, doktor mata menyarankan CikYong menjalani ujian mata untuk mengenalpasti samada terdapat glacoma ataupun tidak.

Selesai ujian, CikYong dan suami berjumpa dengan doktor mata di klinik tersebut. Alhamdulillah berdasarkan keputusan ujian tersebut, doktor memaklumkan bahawa mata CikYong di dalam keadaan baik, tiada tanda2 glacoma.

Setiba di rumah, CikYong menyediakan makan tengahari. CikYong hanya memasak nasi dan menggoreng ikan keli dan ikan potong. Sedikit mencabar di ketika menggoreng ikan keli kerana minyak menggoreng meletup2 seolah2 persis mercun. Minyak goreng bertempek di merata tempat di dapur. 

Oleh kerana mata CikYong masih lagi kabur, CikYong meminta suami CikYong untuk  membelikan lauk tambahan. Suami belikan ayam rendang dan sayur campur masak lemak putih. Sebelum pemeriksaan mata, ubat titis diletakkan di mata untuk membolehkan iris terbuka. Ubat tersebut memgambil masa kira2 2-3 jam untuk kesannya dihilangkan dan kembali kepada keadaan normal.

Sebelah petang, CikYong memulakan kraftangan membina diorama. Sebenarnya, mantan guru lukisan yang mengajak CikYong untuk menyertai pertandingan diorama. Diorama bertemakan suasana adat2 melayu tradisional. CikYong masih diperingkat perancangan untuk membina sebuah pelamin.

Selepas Asar, anak teruna sulong mengemas baju dan barang2 yang perlu dibawa ke rumah kawannya. Anak CikYong akan tinggal di rumah kawannya selama 2 hari sehingga hari Rabu. Ibu bapa dan adik2 kawan anak CikYong tiada di rumah kerana menghadiri kursus. Oleh kerana kawannya tinggal seorang diri di rumahnya, beliau telah mengajak anak CikYong dan dua orang lagi kawan2 mereka untuk tinggal di rumahnya menemani beliau.

Usai mengambil anak teruna kedua pulang dari sekolah, suami terus menghantar anak teruna sulong ke rumah kawannya. Di antara barang di bawa adalah basikal lipat. Untuk dua hari yang akan datang ini, anak CikYong dan kawannya akan berbasikal ke sekolah. Semoga anak CikYong menimba pengalaman hidup berdikari sebagai orang bujang. InsyaAllah semoga dipermudahkan segala urusannya. Amin amin ya rabbal alamin.

Sebelah malam, CikYong menyambung projek diorama. Anak teruna kedua membantu menyumbang idea2 yang menarik untuk diorama ini. Alhamdulillah.

Hari ke-212 perang di Palestine. Perbincangan gencatan senjata seperti ada sinar yang kelihatan. Namun masih lagi bergantung kepada persetujuan dari pihak Isreal yang sukat dipercayai. Tambahan pula, Isreal telah mula menyerang Rafah setelah menggesa rakyat Palestine yang berkhemah di Rafah untuk berpindah. Ironinya tiada tempat yang selamat untuk rakyat Palestine berpindah. Ya Allah di saat2 genting seperti ini, kami tahu hanya kepadaMu kami berserah. Di dalam keadaan kami yang begitu lemah dan berpecah belah ini, kami buntu ya Allah. Hanya kepadaMu kami memohon perlindungan dan pertolongan. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...