Assalamualaikum hari yang indah. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah.
29 Mei bersamaan 20 Dzulkaedah hari Rabu.
Anak2 masih lagi di dalam cuti persekolahan penggal pertama. Malam semalam anak2 tidur di rumah bonda. Oleh kerana tiada pakaian persalinan dan berus gigi di bawa ke rumah bonda semalam, makanya selepas subuh, suami mengambil anak2 dari rumah bonda. Mereka balik ke rumah untuk mandi dan bersarapan pagi. Selepas sarapan, anak2 pergi semula ke rumah bonda. Anak2 berada di rumah bonda sehingga lewat petang. Sebelah petang, anak2 dan sepupu2nya bermain badminton dan ada juga yang belajar menunggang motosikal.
Selepas subuh, CikYong ikuti tafsir surah Yusuf ayat 101 di ikim.fm. Perbincangan hari ini menghuraikan perancangan Allah terhadap perjalanan hidup nabi Yusuf a.s.. Satu demi satu peristiwa yang berlaku terhadap nabi Yusuf a.s. memberi kesan terhadap pengakhiran yang terbaik buat nabi Yusuf a.s. dan keluarganya.
Usai program tafsir, CikYong berpindah pula ke youtube live. CikYong ikuti mudarasah hadith ke-8 syarah kitab Al Wafi. Pengajian ini menghabiskan perbincangan hadith ke-8. Hak darah dan harta orang yang beriman wajib dipertahankan.
Sebelah pagi, CikYong menyambung lukisan bunga matahari. CikYong membuat lapisan kedua di bahagian kelopak2 bunga.
Untuk tengahari, belikan nasi ayam untuk CikYong. Tuan kedai nasi ayam telah bersedekah sebungkus nasi ayam. Oleh kerana hanya CikYong seorang majsn tengahari, sebungkus lagi nasi ayam, kami hantarkan ke rumah bonda. Anak2 CikYong hari ini makan tengahari di rumah bonda. Oleh kerana opah mereka memasak sambal udang petai dan ikan kembung goreng, anak teruna sulong hanya makan nasi bersama sambal dan tanpa lauk. Sementara anak teruna kedua makan nasi bersama kicap dan ikan goreng.
Sebelah petang, CikYong menyambung sedikit sahaja lukisan kerana CikYong pergi menemani suami ke klinik di pekan. Jari kaki suami di dapati terkena jangkitan kulat.
Sebelum Maghrib, suami mengambil anak2 pulang dari rumah bonda. Sebelum mereka pulang, sempat juga mereka bermain badminton dan menaiki motor bersama2 sepupu mereka di rumah bonda.
Sebelah malam, anak teruna kedua mengikuti video2 berkaitan pembelajaran drone seperti yang di arahkan oleh pihak sekolah.
Hari ke-235 perang di Palestine.
Terdapat banyak demonstrasi di adakan oleh masyarakat dunia yang marah terhadap pembunuhan beramai2 rakyat Palestine di Rafah. Di pelbagai negara, rakyat2 keluar ke jalan raya melahirkan protes terhadap kekejaman Isreal. Kuasa besar seperti UN, ICJ, ICC masih tidak dapat berfungsi untuk menghentikan kekejaman Isreal dan Amerika. Sehingga ke hari ini tiada tindakan di ambil terhadap Israel yang secara terang2 telah melanggar undang2 antarabangsa. Kesemua badan tersebut hanyalah boneka kepada Amerika dan Isreal.
Pada masa yang sama, kerajaan2 negara Arab membisu seribu bahasa. Negara jiran kepada Palestine, Mesir tidak berani bertindak walaupun sekadar mengangkat jari untuk membantu mempertahankan saudara seagama dan juga menjalankan hak jiran.
Di negara CikYong sendiri juga begitu juga. Tiada demonstrasi jalanan. Pelajar2 universiti tiada yang mengikut jejak langkah pelajar2 di negara2 Barat yang berani bertindak menyuarakan protes terhadap kerajaan negara mereka. Terdapat di antara pelajar yang ditahan dan dikenakan tindakan.
Ya Allah kami memohon agar kami tergolong di kalangan mereka yang membantu jihad membebaskan Al Aqsa. Amin amin ya rabbal alamin.


















No comments:
Post a Comment