Friday, 10 May 2024

Hari ke-129 di tahun 202 e

 Alhamdulillah di atas pinjaman yang tidak ternilai ini. Semoga pinjaman usia ini dapat digunakan sebaik2nya. Amin amin ya rabbal alamin.

8 Mei bersamaan 29 Syawal hari Rabu.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna sulong masih berada di rumah rakannya.

Seawal sebelum Subuh, CikYong telak memasak nasi kemak sebagai bekal anak teruna kedua ke sekolah.

Usai mengikuti pengajian tafsir surah Yusuf dan juga mudarasah hadith ke-7, suami mengajak CikYong keluar berjalan kaki di sekitar kampung. Suami ingin beriadah mengeluarkan peluh.

Sempat juga kami singgal di kubur. Kami menziarahi kubur arwah ayah suami dan kedua ibu bapa CikYong. Al Fatihah kami sedekahkan kepada semuanya. Semoga Allah memasukkan arwah ke dalam golongan orang2 yang beriman. Amin amin ya rabbal alamin.

Setelah selesai kami berjalan, kami menikmati sarapan nasi lemak yang telah tersedia.

CikYong bersarapan dengan cepat kerana kelas bahasa arab hendak bermula.

Kelas bahasa arab bersama ustazah hari ini masih lagi mengenai nombor2.

Setelah selesai kelas, CikYong memasak nasi impit. Untuk makan tengahari, CikYong dan suami hanya memakan nasi impit dan kuah kacang yang masih berbaki di peti ais.

Selepas Zohor, CikYong menghantar suami ke klinik kesihatan. Hari ini suami mempunyai temujanji susulan dengan doktor. Usai menghantar suami, CikYong terus ke sekolah anak teruna kedua. Setelah sesi persekolahan selesai, CikYong bawa beliau pulang ke rumah. Setiba di rumah, anak CikYong terus bersiap2 untuk ke sekolah petang. CikYong hantarkannya ke sekolah. CikYong kemudiannya pulang ke rumah sebentar. 

Setelah suami memaklumkan beliau telah selesai bertemu dengan doktor, CikYong keluar semula untuk mengambil suami.

Hari ini CikYong menyambung projek diorama. Hari ini telah masuk hari ke-3 CikYong mengayam tikar. Sehingga ke malam, CikYong mengayam untuk menyiapkannya.

Pada sebelah malam, suami mengambil anak teruna sulong untuk pulang ke rumah. Sempat juga CikYong bersembang dengan anak teruna sulong bertanyakan perihal kisahnya tinggal bujang bersama kawan2.

Rupa2nya di pagi pertama di rumah kawan, kesemuanya bangun lewat menyebabkan mereka terlewat ke sekolah. Untuk pagi hari kedua, mereka pastikan seorang akan berjaga selepas mereka menemani salah seorang daripada rakan mereka bersahur.

Pada hari kedua juga, anak CikYong terpaksa memakai semula baju pj (pendidikan jasmani) yang telah dipakainya pada hari sebelumnya dan belum dibasuh lagi. Pihak sekolah telah menukar jadual menyebabkan mereka perlu memakai baju pj untuk hari kedua tersebut. Menurut cerita anak CikYong, beliau telah menyembur minyak wangi dengan banyaknya untuk menghilangkan bau yang kurang menyenangkan. Begitulah pengalaman pertama anak teruna sulong CikYong menjalani kehidupan orang bujang.

Hari ke-214 perang di Palestine.

Apabila mendengar berita perihal keadaan rakyat Palestine di ketika ini menyebabkan CikYong berfikir panjang. CikYong cuba memahami bagaimana pengharapan seorang muslim terhadap pertolongan Allah di situasi sebegini. Keimanan yang mantap dan tinggi di perlukan untuk menerima ketentuan Allah. Keyakinan akan adanya hikmah di atas setiap kejadian. Namun pada masa yang sama, usaha yang dapat dilakukan terasa begitu tidak berkesan untuk menghalang kekejaman yang berlaku di Palestine. Ya Allah ke mohon petunjuk Mu Ya Allah. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...