Monday, 13 May 2024

Hari ke-133 di tahun 2024

 Alhamdulillah masih lagi dikurniakan nikmat kehidupan yang datang bersamanya ujian kehidupan. Begitulah hakikat di dalam dunia yang sedang diharungi ini.

12 Mei bersamaan 3 Dzulkaedah hari Ahad.

Hari ini merupakan Hari Ibu buat semua ibu2 di luar sana.

Hari hujung minggu buat anak2 CikYong.

Pagi ini suami mengajak CikYong berjogging di padang. Namun CikYong tidak mengikut suami kerana               hari ini, CikYong ingin menyiapkan projek diorama CikYong.

Kami bersarapan setelah suami pulang dari padang. Suami belikan roti canai untuk sarapan kami sekeluarga. 

Di tengahari, CikYong massakkan ayam masak merah, sawi tumis dan ayam goreng tepung.

Sepanjang hari CikYong menekuni membuat bunga telur, tudung saji dan lapik hantaran. Nampaknya projek ini tidak sempat disiapkan hari ini. InsyaAllah akan disambung pada esok hari pula.

Hari ke-218 perang di Palestine.

Masih lagi tiada perkembangan positif ke arah genjatan semjata. Kematian demi kematian perlu di hadapi oleh rakyat Palestine. Video demi video dirakam ketika bedilan bom berlaku berhampiran mereka. Kesengsaraan rakyat Palestine tidak tergambarkan oleh sesiapa yang hanya membaca dan melihat kisah mereka di paparan telefon bimbit. Ya Allah hanya kepadaMu kami memohon pertolongan dan perlindungan dari segala kejahatan di dunia ini. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...