Monday, 20 May 2024

Hari ke-140 di tahun 2024

 Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nyawa yang tidak ternilai ini. Semoga setiap nafas yang disedut dan dihembus dapat di manfaatkan untuk jalan menuju keredhaan Allah.

19 Mei bersamaan 10 Dzulkaedah hari Ahad.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong.

Pagi ini suami belikan nasi lemak sebagai sarapan kami sekeluarga.

Pagi ini CikYong berkesempatan untuk mengikuti rakaman kelas kata dasar bahasa AlQuran. Pengajian masih lagi berkaitan pertukaran fe’el madhi ke mudorik untuk wazan2 nombor 2 -10. Usai mengikuti kelas kata dasar, CikYong sambung pula dengan rakaman kelas bahasa arab oleh ustaz Muein. Kelas diisi dengan ulangkaji dengan menbuat latihan pelajaran dari kelas sebelumnya. Setelah itu, disambung dengan pelajaran baru berkaitan perkataan2 yang menjazamkan fi’il mudorik. Namun CikYong tidak berkesempatan untuk menghabiskan kelas tersebut. InsyaAllah CikYong akan menyambungnya di lain masa.

CikYong menunggu suami membelikan ikan dan ayam sebelun CikYong menyediakan makan tengahari. CikYong hanya menumis sayur campur, menggoreng ikan dan ayam. Sup dan kuah gulai kurma di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja.

Sebelah petang, menyiapkan kerja rumah kelas bahasa arab yang diberikan oleh ustazah.

CikYong juga mula membaca buku yang seterusnya yang berjudul ‘Pentas Kehidupan’. Suatu kompilasi kisah2 kehidupan daripada 20 orang penulis.

Hari ke-225 perang di Palestine.

Kehebatan para pejuang Palestine tidak boleh disangkal lagi. Kekuatan jiwa menentang penjajah sehingga ke nafas mereka yang terakhir telah dirakamkan. Di dalam sebuah video yang dikongsikan di media sosial menunjukkan seorang pejuang yang telah tercedera di kakinya, telah bangun semula dan menembak ke arah tentera pengganas penjajah. Namun beliau kemudiannya telah terkena tembakan sekali lagi dan tumbang akhirnya. Seorang rakannya telah mengambil senjata daripadanya dan menyambung serangan, namun beliau juga turut terkorban. Semoga Allah ganjari pejuang2 syuhada dengan syurga tertinggi. Amin amin ya rabbal alamin.












No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...