Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas kurniaan kehidupan yang serba indah. Semoga Allah kurniakan hikmah untuk memahami setiap ujian yang di harungi.
15 Mei bersamaan 6 Dzulkaedah hari Rabu.
Hari ini nerupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Pagi ini CikYong menyediakan pulut, gulai kari dan telur rebus sebagai bekal anak2 ke sekolah. Sandwich telur juga CikYong sediakan sebagai bekal tambahan buat anak teruna sulong.
Sambil menyediakan bekal, CikYong mendengar program tafsir di ikim.fm. Perbincangan hari ini berkaitan perkataan مِن di dalam ayat 101. CikYong sambung pula dengan mudarasah pengajian kitab Al Wafi perihal perbincangan hadith ke-7. Hari ini menyentuh bahagian nasiht terhadap pemerintah di muka surat 55 di dalam kitab Al Wafi.
Usai mudarasah, CikYong dan suami keluar berbasikal. Setelah beberapa kali aktiviti berbasikal CikYong tangguhkan, maka hari ini kami berkesempatan melakukannya. Tempoh hari, CikYong tangguhkan aktiviti berbasikal kerana CikYong memerlukan lebih masa untuk menyiapkan projek diorama.
Kami melalui laluan yang sama. Dalam perjalanan, kami bertembung dengan dua ekor monyet yang sedang mengejar dua ekor monyet yang lain. Kami cuba menghalau dua ekor monyet yang cuba mengejar tersebut untuk mengelakkan monyet2 tersebut berkelahi. Setelah dua ekor monyet yang mengejar tersebut bergerak ke arah lain, CikYong dan suami pun menyambung kayuhan. Di ketika CikYong melintasi dua ekor monyet yang telah di kejar tersebut, salah seekor daripada monyet tersebut cuba mengejar basikal CikYong. CikYong pun apa lagi, mengayuh dengan kepantasan yang lebih daripada biasa. Apabila monyet tersebut jauh ketinggalan di belalang, ianya lalu berhenti mengejar.
Sebelum2 ini pernah juga CikYong bertembung dengan haiwan2 penyerang seperti babi hutan dan ular di ketika berkayuh. Timbul juga rasa kerisauan, namun ianya hanya berlaku sekali sekala sahaja. CikYong anggap sanaja ianya adalah sebahagian daripada kehidupan di kawasan sawah dan kebun. Kehidupan unggas seperti burung berbagai spesis, bangau, ayam kampung, itik pula menjadi penyeri di kawasan yang sama. Begitulah keindahan yang Allah ciptakan.
Setiba di rumah, masih sempat CikYong menjamah sarapan pagi yang dibeli oleh suami iaitu bihun goreng.
Usai sarapan, CikYong terus mengikuti kelas bahasa arab bersama ustazah secara dalam talian. Hari ini masih lagi pembelajaran berkaitan sebutan nombor2 di dalam bahasa arab.
Setelah selesai kelas, CikYong mengemas pula peralatan dan bahan2 projek diorama yang mengambil ruang di sudut luar bilik belakang rumah. Ruang tersebut telah dipenuhi dengan barangan projek diorama selama seminggu yang lalu. CikYong tidak berkesempatan untuk mengemaskannya semalam.
Setelah selesai mengemas, waktu pun menghampiri tengahari. CikYong menyambung kerja di dapur pula. CikYong memasak kek congo bar untuk dijadikan bekal anak ke sekolah petangnya. CikYong juga membuat sup soto dan bergedil. CikYong memasak sambil mendengar rancangan tadabbur al Quran iaitu MyQurantime di fb live. CikYong hanya selesai memasak selepas Zohor. Semoga segala usaha tergolong di dalam ibadah. Amin amin ya rabbal alamin.
Pada sebelah petang, anak teruna kedua pergi ke sekolah petangnya. Anak teruna sulong juga pergi ke sekolahnya untuk belajar bermain hoki.
Hari ke-221 perang di Palestine.
Hari ini merupakan ulangtahun ke-76 peristiwa Nakba di Palestine. Setelah 75 tahun, peristiwa seperti Nakba berlaku lagi terhadap rakyat Palestine. Dasar apartheid yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestine mestilah dihapuskan. Kebangkitan rakyat Palestine menentang penjajahan memerlukan sokongan dari semua manusia yang merdeka di seluruh dunia. Ya Allah kami memohon kemenangan untuk rakyat Palestine yang ditindas dan hancurkanlah penindas2 yang tidak berperikemanusiaan iaitu Israel dan sekutu2nya. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:
Post a Comment