Alhamdulillah masih lagi bernafas dengan udara yang dipinjamkan dari Allah yang Maha Pengatur dan Penyayang.
Hari Sabtu 11 Mei bersamaan 2 Dzulkaedah.
Hari cuti sekolah buat anak2 CikYong. Namun anak teruna kedua mempunyai kelas tambahan pagi ini di sekolah agamanya.
Sebelum anak CikYong pergi ke sekolah, kami sekeluarga bersarapan bersama2. Suami belikan nasi lemak bungkus.
Hari ini CikYong meneruskan lagi projek diorama. Hari ini CikYong siapkan bahagian pelamin. CikYong menhadap membuat dulang hantaran sehingga ke petang. Sebelah malam pula, CikYong menbuat barang2 hantarkannya. Rupa2nya rumit juga menyediakan peralatan2 perkahwinan untuk adat melayu tradisional ini. Ianya mengambil masa yang panjang untuk menyiapkannya. Terdapat banyak lagi bahagian yang perlu di buat dan di siapkan. Semoga Allah permudahkan urusan CikYong. Amin amin ya rabbal alamin.
Pada tengahari, suami belikan nasi ayam untuk makan tengahari anak2. Sementara CikYong dan suami menikmati juadah nasi impit dan kuah kacang yang masih berbaki dan di simpan di dalam peti ais.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-217.
Pelbagai gambar dan video yang menyayat hati telah dikongsikan di media sosial. Penderitaan rakyat Palestine hanya dapat di lihat dan di dengari oleh CikYong dan dunia. Namun rakyat Palestine yang mengharungi sendiri, tidak tergambar akan keperitannya. Hanya insan2 mulia dan diberkati Allah yang mempunyai kekuatan mental dan fizikal sehebat mereka. Rakyat Palestine merupakan insan2 terpilih oleh Allah untuk mengajar dunia akan kehebatan Allah. Ya Allah berikanlah kami kefahaman hikmah terhadap segala yang terjadi di Palestine di ketika ini. Amin amin ya rabbal alamin.







No comments:
Post a Comment