Wednesday, 15 May 2024

Hari ke-135 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang indah.

Semoga dirahmati kehidupan ini dan di limpahi kasih sayang Allah.

14 Mei bersamaan 5 Dzulkaedah hari Selasa.

Hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Seawal pagi CikYong membuat sketch orang2 untuk diorama. 

Pagi ini suami belikan bihun goreng untuk bekal anak2 dan sarapan CikYong.

Usai bersarapan, CikYong pergi ke hospital untuk temujanji susulan dengan doktor mata. Alhamdulillah, menurut kata doktor, mata CikYong yang telah di laser sebelum ini di dalam keadaan baik. Temujanji susulan seterusnya merupakan setahun yang akan datang.

Sebelum pulang ke rumah, CikYong dan suami pergi ke hipermarketn yang berdekatan. Kami membeli serba sedikit keperluan rumah. 

Setibanya di rumah, CikYong masuk ke dapur untuk memasak nasi dan menggoreng ayam tepung. Gulai kari ikan dan ayam masak merah yang di simpan di peti ais, CikYong panaskan sahaja. 

Selepas Zohor hingga ke Asar, CikYong membuat tambahan terakhir kepada projek diorama. Menurut suami, bahagian pelamin kelihatan seperti tidak siap. Oleh kerana itu, CikYong menambah kain baldu biru gelap untuk dijadikan lapik lantai bertingkat di pelamin. CikYong tambahkan bunga2 manik diatas lapik tersebut untuk mengisi ruang kosong di antaranya. Suami membantu membuatkan sudu dan garfu hiasan. Ianya di lekatkan di dinding dan bersebelahan dengan tudung saji. Kami juga tambahkan seutas manik yang dijadikan sebagai lampu lip lap di bahagian atas pelamin.

Selepas Asar, kami menghantar hasil diorama kami ke perpustakaan awam di pekan. Hari ini merupakan hari terakhir menghantar diorama. Di perpustakaan, terdapat banyak diorama yang telah dihantar oleh peserta2 lain. Kebanyakkannya merupakan projek dari pelajat2 sekolah menengah di sekitar pekan. CikYong rasa begitu teruja melihat diorama2 yang dihasilkan oleh pelajar2 tersebut. Ianya penuh dengan kreativiti2 yang begitu membanggakan. Bagi CikYong semua penyertaan merupakan pemenang. 

Usai menghantar diorama, kami singgah sebentar ke pasar petang di kampung CikYong. Selepas itu, kami terus mengambil anak teruna kedua balik dari sekolah petangnya.

Hari ke-220 perang di Palestine.

Terdapat dua berita baik yang menarik perhatian CikYong berkaitan perang di Palestine.

Hamas telah membuat banyak serangan balas terhadap tentera Israel. Ianya sebagai tindak balas terhadap Isreal yang telah menyerang rakyat Palestine di Rafah. Terdapat kemusnahan kereta kebal Isreal, kematian dan kecederaan tentera Israel. Terdapat beberapa video yang di kongsikan oleh pejuang menunjukkan serangan yang dilakukan.

Di barat, aktivis pro Palestine telah mencetuskan kempen #blockout terhadap celebriti2 yang berdiam terhadap isu Pakestine. Kempen tersebut mengajak pengikut2 akaun media sosial celebriti tersebut untuk berhenti menjadi pengikut mereka. Tujuannya adalah agar celebriti tidak lagi menjadi influencer, rating poluparitinya akan menurun dan branding akan terkesan. Celebriti2 tidak mahu bersuara disebabkan takut ianya mengganggu periuk nasi mereka. Makanya dengan kempen ini, mereka perlu bersuara untuk Palestine untuk mengelakkan rating populariti mereka menurun. Semoga kini, lebih ramai insan di dunia ini lebih cakna dengan dunia kepura2an yang digambar gemburkan oleh celebriti2 yang dipuja2 selama ini. Sesungguhnya Allah maha Pengatur dengan sebaik2 peraturan buat manusia di dunia ini.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...