Salam pagi yang indah. Alhamdullillah di atas nyawa yang masih dipinjamkan.
Hari Selasa 30 April bersamaan 21 Syawal.
CikYong mula menyediakan pulut, kuah kari dan telur rebus sebagai bekal untuk anak2 ke sekolah. CikYong buatkan juga sandwich telur sebagai bekal tambahan buat anak teruna sulong. Sambil menyediakan bekal, CikYong mendengar tafsir surah Yusuf ayat 89&90 di ikim.fm.
Usai program tafsir, CikYong menyambung pula mudarasah kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan hadith ke-6 berkaitan hati dan akal.
CikYong kemudiannya menggoreng nasi untuk sarapan pagi sementara bersarapan dengan bihun goreng yang dibeli.
Masih sempat juga CikYong membuat pruning pokok bunga kertas di tepi rumah sebelum hari semakin panas.
CikYong menyambung pula dengan me’vacumn’ rumah sebelum mula memasak untuk tengahari.
CikYong memasak kari daging, merebus labu kuning dan menggoreng ikan dan ayam.
Setelah anak teruna kedua balik dari sekolah, mandi dan solat, kami makan tengahari bersama. Suami pula pergi ke sekolah anak teruna sulong untuk menunggu dan mengambil anak setelah selesai persekolahannya.
Hari ini CikYong berkesempatan mengikuti dua video ceramah. Video yang pertama merupakan ceramah oleh Ustazah Norhafizah Musa berkaitan tanggungjawab anak menyantuni ibu bapa dengan baik. Banyak pengajaran yang boleh diambil perihal menjaga hati ibu bapa. CikYong juga mengikuti video kuliah perihal Saidina Abu Bakr radhiallahu anhu. Ianya merupakan pencerahan yang bagus untuk mengenali dengan lebih terperinci sahabat Rasullah saw yang tersohor ini.
Selepas Asar, CikYong memulakan kembali aktiviti melukis. Oleh kerana telah agak lama CikYong bercuti daripada melukis, kali ini CikYong mulakan dengan medium kertas terlebih dahulu untuk mendapatkan ‘mood’. Hari ini CikYong hanya sempat menbuat lakaran asas. InsyaAllah akan bersambung.
Sebelah malam, anak teruna kedua CikYong sibuk memasang legonya. Menurut beliau, semangatnya untuk membina lego telah datang kembali. CikYong menyokong sahaja akan minat anak CikYong ini. Lego nya berkotak2 di bawah katil telah lama tidak dihiraukannya. Kebiasaannya beliau akan leka dengan menonton video di utube ataupun bermain game dengan abangnya. Anak CikYong ini memang mempunyai daya kreativiti dan kesabaran dalam membina lego dari kepingan2 kecil lego menjadikannya sesuatu objek. Sebagai seorang ibu, CikYong berikan sokongan moral.
Hari ke-206 perang di Palestine. Amerika dikatakan sedang mengguna kuasa yang ada untuk menekan ICJ agar tidak mengeluarkan waran tangkap terhadap Nethanyahu. Demonstrasi pelajar semakin berkembang ke negara lain seperti Perancis dan Sepanyol. Perbincangan gencatan senjata di antara Hamas dan Isreal masih lagi berjalan. Isreal cuba menekan Hamas dengan meneruskan serangan di Rafah. Ya Allah, hanya kepadaMu tempat kami bergantung, berikanlah kejayaan kepada rakyat Palestine. Bebaskanlah Palestine dari cengkaman penjajah Isreal yang melampaui batas kemanusiaan. Amin amin ya rabbal alamin.













No comments:
Post a Comment