Judul buku: ABAH (Tambahan: Panduan Penjagaan Pesakit Kronik Di Rumah)
Penulis: Nurul Norizah
Terbitan: Norizah bt. Yaakub
Cetakan: 2021
Mukasurat: 201
Buku ini mengisahkan pengalaman penulis menjalani kehidupan bersama ayahnya semenjak dari kecil sehingga ayahnya menghembuskan nafas yang terakhir. Pelbagai kenangan2 manis bersama ayahnya dikongsiln dengan gaya penceritaan yang santai. Luahan hati seorang anak yang ikhlas tergambar di dalam gaya penyampaian penulis menyebabkan pembaca mudah tersentuh hati di ketika mengikuti penceritaan penulis.
Pengalaman dan tips penjagaan ayah semasa terlantar sakit juga merupakan suatu perkongsian yang amat berguna kepada pembaca.
Terima kasih kepada penulis yang berkongsi rasa dan pengalaman yang juga dekat di hati pada setiap anak yang dianugerahi ayah yang penyayang. Al Fatihah buat ayah penulis dan semua ayah2 di dunia ini.

No comments:
Post a Comment