Tuesday, 21 May 2024

Hari ke-141 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang diberkati. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar. Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad saw adalah pesuruh Allah.

20 Mei bersamaan 11 Dzulkaedah hari Isnin.

Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong. Hari ini anak teruna sulong perlu menyertai sukantara di sekolahnya.

Seawal pagi CikYong masuk ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi dan juga sebagai bekal untuk anak2 ke sekolah. CikYong memasak nasi lemak dan membuat sandwich telur.

Pengajian tafsir di ikim.fm, CikYong mendengar sambil menyediakan bekal makanan untuk anak2 CikYong. Hari ini membincangkan perihal ayat 101 surah Yusof. Perbincangan lanjut menyentuh mengenai mengapa di dalam ayat tersebut, doa nabi Yusuf a.s. mendahulukan menyebut nikmat kurniaan sebagai pemimpin sebelum ilmu.

Usai program tafsir, CikYong terus menyambung dengan mudarasah hadith ke-7 daripada kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi. Perbincangan berkaitan nasihah2 yang besar iaitu memberi nasihat kepada yang meminta nasihat. Dan juga memberi nasihat untuk seorang yang telah tiada.

Usai mengikuti pengajian mudarasah, suami mengajak CikYong berbasikal. Pagi ini cuaca begitu nyaman. Matahari hampir2 tidak kelihatan, dek terlindung di sebalik awan kelabu yang memenuhi hampir keseluruhan langit pagi. Oleh kerana itu, CikYong kurang berasa penat berkayuh pada pagi ini. Tidak lama selepas kami sampai di rumah, secara tiba2 hujan turun dengan lebatnya. Jika kami lambat sedikit, mungkin kami perlu mencari tempat berteduh sementara menunggu hujan reda.

Kami bersarapan nasi lemak yang telah saya sediakan di awal pagi.

Ketika suami pulang dari kedai untuk membeli bahan dan lauk untuk dimasak, suami terlihat seekor kucing telah terkujur di tengah jalan. Setelah diamati, suami memberitahu bahawa kucing tersebut kemungkinan besar ianya adalah anak kucing hitam di rumah kami. Rupa2nya ajalnya tiba di pagi ini. Begitulah ketentuan Allah, tidak tahu bila ajal kita akan tiba.

Di tengahari, CikYong memasak sambil mendengar MyQurantime di fb live. Perkongsian tadabbur surah Al A’raf ayat 5 hingga 8. Perbincangan berkaitan tanggungjawab untuk mengambil peringatan daripada Al Quran agar tidak menyesal di hari amalan ditimbang di akhirat nanti.

Hari ini CikYong memasak gulai lemak kuning cili padi ikan kembung. CikYong juga menggoreng ikan kembung, tempe goreng tepung dan ayam goreng tepung.

Di sebelah petang, CikYong menyambung bacaan buku ‘Pentas Kehidupan’ dan CikYong juga membaca sebuah lagi buku yang berjudul ‘93 hari di Mesir’. Ianya merupakan sebuah travelog.

Hari ke-226 perang di Palestine.

Pengeboman masih berterusan. Kecekalan rakyat Palestine dan penyokong2 Palestine di seluruh dunia semakin diuji. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat rakyat Palestine dan umat Islam seluruh dunia yang menyokong perjuangan rakyat Palestine. Amin amin ya rabbal alamin.

Satu berita tergempar di kongsikan di kebanyakan saluran media massa dan media sosial. Presiden Iran eBrahim esisi dan beberapa orang menteri dan pegawai tertinggi terkorban di dalam nahas helikopter terhempaa di kawasan berhampiran sempadan utara Iran-Azerbaijan.





 

No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...