Thursday, 23 May 2024

Hari ke-143 di tahun 2024

 Alhamdulillah diatas kurniaan tidak terhingga dari Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang.

22 Mei bersamaan 13 Dzulkaedah hari Rabu.

Hari ini merupajan hari cuti buat anak2 CikYong. Hari ini adalah cuti umum bersempena sambutan hari Wesak.

Walaupn hari cuti, CikYong masih lagi mengikuti pengajian tafsir surah Yuauf di ikim.fm. Hari ini perbincangan diteruskan dengan menghuraikan bekenaan doa nabi Yusuf saw yang memohon dhubungkan dengan orang2 yang soleh.

Setelah itu, CikYong menyambung pula mengikuti mudarasah syarah kitab Al Wafi. Hari ini memasuki hadith ke-8 daripada hadith 40 An Nawawi. Hadis ini pernah dijadikan polemik pihak2 tertentu pada satu ketika dahulu apabila terdapat cadangan dari kementerian pendidikan hendak menjadikan hadith 40 an Nawawi sebagai silibus di sekolah2. Pihak2 tertentu mengatakan bahawa hadith ke-8 ini menggalakkan seseorang menjadi extrimist dalam beragama tanpa mereka mengambil tahu maksud sebenar hadith ini. Perbincangan hari ini menyentuh matan hadis dan maknanya.

Usai mengikuti mudarasah, CikYong, suami dan anak teruna sulong keluar berbasikal. Kami mengikuti laluan yang sama. Anak CikYong mengadu terasa otot kakinya sakit mungkin disebabkan sukantara yang disertainya semalam. Dan hari ini pula beliau berbasikal, makanya otot kakinya terlebih bekerja keras.

Pagi ini cuaca agak mendung. Pancaran cahaya matahari terlindung di balik awan kelabu yang tebal yang memenuhi langit pagi ini. Namun CikYong masih terasa sedikit keletihan disebabkan hari ini CikYong menggunakan basikal lipat yang mempunyai tayar yang lebih kecil. Sementara basikal yang biasa CikYong gunakan, CikYong hulurkan kepada anak CikYong untuk menunggangnya.

Usai berbasikal, suami keluar semula untuk membeli sarapan. Hari ini kami bersarapan dengan nasi lemak, bihun goreng singapore dan roti canai. Masing2 bersarapan mengikut selera masing2. Oleh kerana kela bahasa arab bersama ustazah telah bermula, CikYong memasuki kelas secara dalam talian sambil bersarapan. Hari ini kelas masih lagi melakukan latihan tubi untuk membuat ayat menggunakan nombor2 di dalam bahasa arab.

Untuk makan tengahari, CikYong hanya memasak ayam masak merah, sayur kobis tumis dan ayam goreng tepung.

Seusai makan tengahari, CikYong bersama suami dan anak teruna kedua keluar dan pergi kr hipermarket di pekan. Kami membeli serba sedikit barang keperluan rumah.

Sebelah petang, CikYong menyambung bacaan dan menghabiskan buku ‘Pentas Kehidupan’. CikYong menyambung pula dengan sebuah koleksi kartun berjudul ‘Ragam Orang Kita’ oleh kartunis Deen.

Hari ke-228 perang di Palestine.

Serangan Israel senakin bertubi2 terhadap Gaza. Tidak kurang juga serangan yang semakin meningkat terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat. Tidak dinafikan kekuatan mental dan emosi pembaca di media sosial juga tercabar. Imej2 mayat yang telah hancur, janin yang terkeluar daripada perut ibunya yang telah terbelah disebabkan ibunya telah terkorban ajibat dibom dan banyak lagi video2 yang menyayat hati.

Dalam pada masa yang sama, dikongsikan juga video2 yang memaparkan kekuatan jiwa rakyat Palestine yang tetap bertahan tinggal di rumah2 yang telah hancur di bom oleh Israel.

Ya Allah sesungguhnya umat Islam di seluruh dunia ingin meminjam kekuatan jihad rakyat Palestine agar kami menjadi sekuat mereka yang terpilih. Amin amin ya rabbal alamin.








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...