Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah diatas segala nikmat yang diberikan kepada hambaNya.
26 Mei bersamaan 17 Dzulkaedah hari Ahad.
Anak2 masih lagi di dalam cuti persekolahan penggal pertama.
Pagi ini CikYong dan suami keluar berbasikal. Anak teruna sulong tidak ikut serta. Jalan masih lagi basah disebabkan hujan yang turun di waktu subuh. Cuaca juga masih lagi mendung. Matahari masih terlindung di balik gunung yang kejauhan. Hanya cahaya sinar matahari jingga kekuningan kelihatan melatari belakang gunung. Hawa pagi terasa dingin sedingin pendingin hawa 22^C. Kicauan burung seakan menyapa selamat pagi kepada sesiap yang melalui jalan2 kampung ini. Oleh kerana cuaca yang begitu kondusif, CikYong kurang berasa penat berkayuh di pagi yang nyaman ini.
Usai berbasikal, suami belikan nasi lemak dan bihun goreng untuk kami sekeluarg bersarapan.
Pagi ini CikYong mendengar kembali rakaman kelas bahasa arab bersama ustaz Muein dan juga kelas kata dasar bahasa al Quran oleh Ustaz Wan Rusli.
Untuk makan tengahari, suami belikan sahaja lauk dan CikYong hanya memasak nasi. Menu tengahari kami merupakan ayam goreng, gulai pucuk ubi dan kuah tom yam.
Bersempena cuti sekolah, anak teruna kedua mengajak untuk berjalan2 dan melakukan aktiviti2 yang menarik. Namun, terdapat sedikit kekangan disebabkan kereta kami yang tidak boleh dipandu untuk jarak jauh. Puas juga CikYong memikirkan aktiviti yang sesuai untuk mengisi cuti persekolahan anak2.
Sebelah petang, CikYong menyambung lukisan bunga matahari. Sambil CikYong melukis, CikYong mendengar kupasan mendalam Surah Al Mufaffin dan Surah Al Inshiqaq melalui aplikasi Bayyinah. Ceramah disampaikan oleh Nouman Ali Khan. Kedua2 surah tersebut berkait rapat kerana kedua2nya memperkatakan perihal kejadian hari kiamat dan golongan yang akan rugi di hari akhirat.
Anak teruna sulong menghadap laptop bermain e-games sementara anak teruna kedua menekuni set lego2nya dan terkadang menonton youtube.
Sebelah malam, CikYong menyambung bacaan buku ‘93 hari di Mesir’. CikYong juga menghabiskan bacaan buku ‘Mrs Papa’.
Hari ke-232 perang di Palestine.
Telah hampir 8 bulan perang berlarutan. Walau pun begitu, para pejuang masih kuat bertahan sehingga ke hari ini. Malah jurucakap rasmi Briged Al Qassam iaitu Abu Ubaidah telah mengeluarkan audio ucapan terbarunya, di mana beliau telah memaklumkan akan kejayaan terbatu Hamas menumpaskan tentera Israel. Melalui ucapannya, beliau menyatakan operasi terbarupara pejuang telah berjaya menyebabkan kematian dan kecederaan di pihak musuh, malah telah berjaya menangkap tentera Israel sebagai tebusan perang. Terdapat video memaparkan rakyat Palestine Labenon, Jordan meraikan berita terbaru ini.
Semoga Allah kurniakan kemenangan kepada hambaNya yang taat kepada perintah Allah. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:
Post a Comment