Tuesday, 14 May 2024

Hari ke-134 di tahun 2024

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang maha Rahman dan Rahim.

13 Mei bersamaan 4 Dzulkaedah hari Isnin.

Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.

Nampaknya masih belum ada rezeki lagi untuk CikYong pergi menunaikan haji. Hujung Syawal merupakan tempoh yang diberikan oleh pihak TH untuk memberi jawab balas terhadap permohonan rayuan haji. Tiada jawapan dari pihak TH sehingga ke hujung Syawal. CikYong akur akan keputusan yang ditentukan. Alhamdulillah.

Pagi ini CikYong memasak nasi lemak untuk bekal anak ke sekolah dan juga sarapan CikYong dan suami. CikYong juga buatkan sandwich telur sebagai bekal tambahan untuk anak teruna sulong ke sekolah.

Hari ini CikYong meneruskan usaha menyiapkan projek diorama. CikYong menbuat tepak sireh, sireh junjung, atap dan juga tilam tempat duduk pengantin. Setelah semua peralatan telah siap tersedia, CikYong mula melekatkannya ke tapak diorama. Projek diorama telah memasuki fasa terakhir. CikYong meminta bantuan anak teruna sulong untuk mencari gambar pengantin dan imej orang sedang duduk bersila dan bersimpuh. Anak membantu mencetakkannya. Malangnya, pencetak di rumah pula tidak dapat mencetak dengan baik. Kemungkinannya dakwat pencetak telah kehabisan.

Pada tengahari, CikYong hanya memasak kari ikan dan menggoreng ayam goreng tepung dan ikan. CikYong memasak sambil mendengar fb siaran langsung MyQurantime. Surah Al An’am ayat 154/155. 

CikYong juga mengikuti mudarasah kitab Al Wafi suarah hadith 40 An Nawawi. Pengajian masih lagi pada hadith ke-7, agama itu adalah nasihat. Perbincangan berkaitan nasihat terhadap Al Quran. Pengajian tafsir Surah Yusuf juga CikYong ikuti di ikim.fm. Perkongsian hari ini berkaitan ayat 100.

Sebelah petang, CikYong, suami dan anak teruna kedua mengambil makan malam kami. Lauk tengahari yang masih berbaki menjadi juadah yang sama kami nikmati untuk makan petang kami. Pada sebelah malam pula, selepas Isya’ anak teruna sulong pula mengambil makan malamnya. Hari ini anak CikYong menggoreng telur dadarnya sendiri. Hari ini telur dasarnya tidak semasin seperti tempoh hari. Beliau telah belajar daripada kesilapan. Alhamdulliah.

Hari ke-219 perang di Palestine.

Amerika telah menghentikan penghantaran senjata kepada Isreal. Namun Biden dikutuk oleh Trump di atas tindakannya itu yang dikatakan akan menimbulkan bantahan dari kaum Yahudi. Ironinya, Biden juga mengatakan Amerika tidak meletak garis merah untuk Isreal menyerang Palestine. 

Sementara itu, kebangkitan pelajar pro Palestine semakin berkembang ke universiti2 di negara2 barat yang lain. Suatu penentangan yang memberi semangat kepada dunia untuk melawan kuasa besar yang jahat dan kejam.










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...