Wednesday, 29 May 2024

NILAM: MRS. PAPA

 Judul buku: Mrs. Papa

Penulis: 4 orang penulis

Terbitan: Galeri Ilmu

Cetakan: 2019

Muka surat: 154

Buku ini merupakan perkongsian kisah kehidupan penulis sebagai seorang ibu yang berkerjaya.

Cabaran2 yang harus diharungi oleh seorang wanita yang menggalas tanggungjawab sebagai isteri, ibu, menantu, anak dan pekerja dikongsikan di dalam jalan penceritaan yang menarik dan santai.

Kisah seorang isteri yang terpaksa mengambil alih sebahagian besar tugas ketua keluarga disebabkan suami yang mempunyai masalah kesihatan sungguh memberi kesan kepada pembacanya. Suatu yang tidak dijangkakan oleh pembaca apabila diceritakan episod yang lucu sehingga yang membacanya tidak dapat menahan gelak tetapi disusuli pula episod seterusnya yang begitu menyayat hati sehingga menyebabkan pembaca terdiam seketika. Iaitu apabila suami tercinta pergi buat selama2nya.

Kisah kedua juga menarik penceritaannya. Suatu nasihat yang diselitkan juga begitu memberi kesan di hati. Keikhlasan dalam memberi amat membantu menjadikan seseorang itu dipermudahkan perjalanan hidupnya.

Kisah ketiga merupakan kisah seorang ibu, isteri dan juga sebagai lady bos. Kesibukan penulis sebagai ketua di tempat kerja dan keperluan untuk selalu berada di luar kawasan menyebabkan masa beliau bersama anak adalah terhad. Beliau terpaksa mengorbankan masa bersama anak demi kerjaya. Beliau terlepas detik2 berharga melihat anak membesar. Di akhirnya, timbul penyesalan terhadap masa lalu yang tidak dapat diganti semula. Pada pendapat CikYong, seseorang tidak boleh menipu diri sendiri apabila cuba memberi alasan terhadap kepentingan diri sendiri berbanding tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak.

Kisah keempat juga menampilkan delima yang hampir sama dengan kisah penulis ketiga apabila perlu mengutamakan kerjaya daripada anak.

Sebagai rumusan, adalah menjadi suatu yang perlu difikirkan oleh ibu2 yang berkerjaya samada pengorbanan yang dilakukan adakah berbaloi ataupun tidak.




No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...