Salam pagi yang indah. Alhmadulillah di atas nyawa yang masih dipinjamkan. Ya Allah bantulah saudara kami di Gaza yang berdepan dengan serangan bertubi2 dari Isreal. Hancurkanlah Zionis, Isreal dan konco2nya dari dunia ini, ya Allah ya Maha Pembalas. Amin amin ya rabbal alamin.
7 Mei bersamaan 28 Syawal hari Selasa.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Semoga anak teruna sulong dan kawan2nya dapat mengharungi kehidupan berdikari dengan jayanya. InsyaAllah. Amin.
Pagi ini, suami belikan nasi lemak untuk bekal anak teruna kedua ke sekolah.
CikYong mengikuti pengajian tafsir surah Yusuf ayat 97,98&99 dan juga mudarasah syarah Hadith ke-7 dari Hadith 40 An Nawawi. Agama itu nasihat.
Usai pengajian, CikYong dan suami keluar berbasikal. Pagi ini cuaca begitu nyaman. Matahari di lindungi oleh awan yang tebal. Kabus pagi masih dapat dirasai di sekitar sawah yang di lewati. Burung2 berkicau. Sekawan burung bangau secara tiba2 muncul dari parit di tepi laluan dan terbang melintasi CikYong. Suatu permandangan yang indah. Namun CikYong tidak berkesempatan untuk merakamkannya di telefon CikYong.
Setiba di rumah, CikYong dan suami keluar semula menggunakan kereta untuk bersarapan pagi di kedai makan yang berhampiran.
Hari ini CikYong menyambung semula projek diorama. Telah masuk hari ke-2 CikYong mengayam tikar. Kerja yang merumitkan. Sehingga ke malam, CikYong masih tidak dapat menyiapkannya dan perlu disambung pada esok hari.
Pada tengahari, CikYong hanya menggoreng ayam dan memasak nasi. Sup ayam di dalam peti ais CikYong panaskan sahaja. Sambil CikYong memasak, CikYong mendengar MyQurantime di fb live. Masih lagi di dalam Surah Al An’am.
Hari ke-213 perang di Palestine. Perasaan berbaur apabila membaca berita perihal pengeboman Isreal di Rafah. Gambar2 rakyat Palestine yang terkorban dan cedera mula semakin banyak dikongsi di medi sosial. Ya Allah kami memohon perlindungan dari Mu daripada syaitan yang direjam.



No comments:
Post a Comment