Assaalamulaikum. Salam Jumaat mubarokah. Alhamdulilah segala pujian bagi Allah.
8 Dzulkaedah bersamaan 17 Mei hari Jumaat.
Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Seawal pagi, CikYong sediakan nasi goreng dan sandwich telur untuk bekal anak teruna sulong. Lempeng gulung telur untuk bekal anak teruna kedua.
CikYong ikuti pengajian tafsir Surah Yusof ayat 102. Perbincangan berkaitan syarat2 yang perlu dipenuhi jika ingin berdoa untuk dimatikan. CikYong juga mengikuti mudarasah berbincang tentang AnNasihah terhadap sesama muslim. Dalam memberi nasihat, ianya pelu juga diiringi dengan kesabaran.
Pengajian MyQurantime pula membincangkan ayat 164&165 surah Al An’am. Dua ayat terakhir surah Al An’am. Surah Al An’am dimulai dengan pujian terhadap Allah dan diakhiri dengan Allah yang maha Pengampun dan Maha mengasihani. Ayat pertama juga menyentuh mengenai manusia2 yang menyembah selain daripada Allah dan ayat kedua terakhir mempersoalkan perihal adakah patut manusia menyekutukan Allah sedangkan semua manusia akan kembali juga kepada Allah.
Usai suami menghantar anak2 ke sekolah, kami keluar berbasikal. Hari ini matahari telah melebihi segalah tingginya. Keterikan panas matahari terasa ketika berkayuh menyebabkan CikYong terasa lebih penat dari biasa.
Setibanya di rumah, CikYong menasak nasi goreng sementara suami membeli nasi lemak untuk sarapan kami.
Untuk makan tengahari, suami belikan pula nasi ayam untuk anak2.
Setelah menghantar anak teruna kedua ke sekolah oetang dan anak teruna sulong ke latihan pemilihan hoki di sekolah, suami hantarkan CikYong ke klinik di pekan. CikYong berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat bagi kaki kiri CikYong yang selalu kebas2 dan cramp. Suami pula pergi ke kedai membaiki komputer untuk mengambil printer kami yang telah dibaiki.
Ketika anak teruna kedua pulang dari sekolah, beliau mengadu matanya terasa bengkak dan menyebabkan beliau sakit kepala. Selepas makan malam, CikYong menyarankan beliau mengambil paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit tersebut.
Hari ini CikYong sempat menghabiskan bacaan buku ‘Pendiam’. CikYong mula membaca buku seterusnya yang berjudul ‘Budak Nurse’. Kumpulan kisah2 pengalaman sebenar pelajar2 kejururawatan. Sekarang ini, CikYong lebih gemar membaca buku yang bercerita berkaitan pengalaman sebenar penulis mengharungi kehidupan masing2. CikYong ingin mendapatkan sesuatu pengajaran daripada pengalaman orang lain.
Hari ke-223 perang di Palestine.
Pengeboman di kem Jabalia utara Gaza telah berlarutan selama tujuh hari tanpa henti. Video2 ketika pengeboman berlaku telah dirakam dan dikongsi oleh rakyat Palestine sendiri. Terdapat juga video sedang dirakam ketika mereka sendiri menjadi sasaran tembakan dari drone, helikopter dan tentera2 Israel. Apabila melihat video2 mangsa2 yang cedera terutamanya kanak2, tiada kata2 yang boleh CikYong luahkan untuk menggambarkan kesakitan yang mereka lalui. Begitu juga tiada kata2 yang dapat menggambarkan perasaan pedih dan pilu menangisi pemergian ahli keluarga tersayang yang syuhada. Ya Allah ganjarilah mereka dengan syurga yang tertinggi. Amin amin ya rabbal alamin.











No comments:
Post a Comment