Judul buku: Budak Nurse (Sebuah perjalanan untuk bergelar Misi)
Penulis: 17 Penulis
Terbitan: Rimbunan Publishing House
Cetakan: 2022
Mukasurat: 164
Buku ini merupakan kumpulan anekdot. Kisah pengalaman sebenar pelajar2 kejururawatan semasa menjalani latihan klinikal di pelbagai wad di hospital. Terdapat pelbagai kisah yang memotivasikan, mengundang kesedaran, cabaran yang perlu dilalui sebagai pelajar adakalanya tersalah dan tersilap dan tidak ketinggalan juga diselitkan kisah mistik.
Terdapat juga Glosari dilampirkan di bahagian akhir buku. Penerangan istilah2 medikal yang digunakan di sepanjang penulis menjalani klinikal di hospital.
Pada pandangan CikYong, buku ini amat sesuai dibaca oleh sesiapa sahaja. Ianya membuka minda dan keperihatinan dalam memahami cabaran2 yang ditempuhi oleh bakal2 jururawat. Suatu kerjaya yang murni dan menepati tuntutan agama, asalkan niat diluruskan ke arah mencari keredhaan Allah. Semoga semua penulis buku ini berjaya menjadi jururawat yang dedikasi dan dilimpahi rahmat Allah di sepanjang mereka berbakti kepada pesakit2.

No comments:
Post a Comment