Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan amat suka pengampunan, maka ampunilah aku.
24 Ramadhan hari Khamis bersamaan 4 April.
Sahur hari ini merupakan nasi goreng untuk suami dan anak teruna sulong. Sementara untuk anak teruna kedua, CikYong sediakan nasi putih, sup dan telur dadar.
Hari ini, anak teruna kedua CikYong tidak ke sekolah kerana dia masih lagi selsema. Selepas solat subuh, dia sambung semula tidurnya. Mungkin disebabkan kurang sihat dan kurang tidur, anak CikYong hanya bangun dari tidur sebelum matahari tegak di kepada. CikYong telah beberapa kali cuba mengejutkannya sebelun itu, namun dia tetap tidak terjaga. Pada sebelah petang, suami bawakan anak ke klinik untuk mengambil sijil sakit.
Seawal pagi CikYong telah menyediakan juadah untuk projek Ramadhan. Menu hari ini adalah puding koktail. Sambil memasak, CikYong mendengar tadabbur Surah Al Jumuah dan Striking Examples from the Quran melalui youtube. Usai menyiapkan puding, CikYong ikuti pula kelas bahasa arab bersama ustazah secara dalam talian.
Disebabkan anak kurang sihat, maka kami berbuka puasa di rumah sahaja. CikYong masakkan nasi lemak untuk juadah berbuka puasa kami. Di ketika masuk waktu Isya’, walaupun masih kurang sihat, anak teruna kedua turut pergi ke masjid untuk solat berjemaah solat Isya’ dan Terawih.
Perang di Palestine telah memasuki hari ke-181. Tekanan demi tekanan dari pelbagai negara semakin bertambah terhadap Israel. Amerika dan UK juga terpalit dikecam susulan Amerika dan UK masih membekalkan senjata kepada Isreal. Dasar hipokrasi negara2 tersebut begitu terserlah apabila mereka tetap berdegil mempertahankan segala tindakan Isreal.








No comments:
Post a Comment