Salam Syawal ke-19.
Segala puji di panjatkan ke hadrat Allah s.w.t. yang menghidupkan dan mematikan segala makhluk di alam ini.
Hari Ahad 28 April.
Hari cuti sekolah hujung minggu untuk anak2 CikYong. Hari ini barulah anak teruna sulong CikYong mengadu akan kakinya terasa sakit. Selepas merentas desa semalam, beliau memberitahu bahawa tiada rasa sakit di kakinya setelah melengkapkan lariannya.
Selepas Subuh, CikYong masuk ke dapur. CikYong membuat dua biji lagi kek congo bar. Pagi ini diadakan majlis jamuan raya hari terbuka masjid di kampung CikYong. CikYong ingin menyumbang tiga kotak kek congo bar sebagai juadah tambahan di majlis tersebut.
Usai kedua-dua kek siap dibakar, CikYong mengemas dan membersihkan pula bilik belakang di rumah CikYong. Bilik belakang yang kecil ini, CikYong bercadang untuk menjadikannya studio kecil tempat CikYong melukis. Walau bagaimanapun ianya bergantung juga dengan keadaan bilik tersebut yang perlu dibersihkan selalu. Oleh kerana terdapat lubang angin yang agak besar di bilik tersebut dan juga terdapat lubang angin yang bersambung dengan bilik stor, makanya bilik ini terdedah kepada habuk dan mengundang haiwan2 perosak yang lain. Bilik ini juga pernah menjadi sarang Cik Ti sehingga rosak perabot2 lama dan kain baju. Semoga perancangan CikYong ini dapat direalisasikan. InsyaAllah.
Setelah suami balik dari membeli nasi lemak bungkus, kami sekeluarga bersarapan pagi. CikYong menyarankan agar anak2 bersarapan walaupun sebentar lagi kami akan ke masjid bersempena jamuan hari terbuka hari raya. CikYong memaklumkan kepada anak2 tujuan ke jamuan tersebut adalah untuk memeriahkan sambutan hari terbuka tersebut. Makan sekadarnya dan jangan berebut2 ketika mengambil juadah. Perlu disantuni pengunjung2 yang hadir dan diberikan ruang untuk mereka menjamu selera.
Di perkarangan masjid, di asingkan tempat untuk muslimin dan muslimat. Suami dan anak2 menjamu selera di ruang muslimin yang telah tersedia. Semetara CikYong seorang di ruang muslimat. Keadaan di perkarangan masjid sungguh meriah dengan ramai para hadirin yang rata2nya berwajah ceria sambil memilih juadah dan menjamu selera. CikYong juga mengambil serba sedikit juadah daripada pelbagai jenis menu juadah hari raya yang disajikan. Alhamdulillah diatas nikmat kehidupan yang di kurniakan. Semoga usaha pihak penganjur diberkati Allah dan dilimpahi keberkatan ke atas majlis jamuan hari raya ini. Amin amin ya rabbal alamin.
Sebelah petang pula, CikYong dan suami keluar ke hypermarket yang berdekatan untuk menbeli barang2 dapur yang telah kehabisan. Sempat juga CikYong belikan waffle untuk anak2 sebagai makan petang mereka.
Hari ke-204 perang di Palestine.
CikYong lampirkan ringkasan berita perihal pembunuhan beramai2 yang dilakukan oleh tentera Isreal ketika mereka mencerobohi Hospital Nasser. Setakat hari ini, dilaporkan di dalam berita bahawa telah dijumpai sekitar 700 mayat dari beberapa kubur besar yang digunakan oleh tentera Isreal untuk menutup jenayah yang mereka dilakukan terhadap rakyat Palestine. Semoga Allah membalas setimpal dengan perbuatan mereka.
Penolakan terhadap Zionis semakin berkembang dengan pesatnya di Barat. Aktivis2 di Barat telah ramai yang berani dan bangkit menentang kerajaan negara mereka yang merupakan dalang2 Zionis. Perkhemahan pelajar, demonstrasi, soladiriti pro-Palestine oleh ahli kongres, ucapan professor pro-Palestine merupakan di antara usaha2 yang telah dipamerkan oleh aktivis2 Barat. Semoga Allah kurniakan kekuatan buat semua untuk memerangi kejahatan dan kembali kepada jalan yang benar iaitu jalan yang lurus dari Allah. Amin amin ya rabbal alamin.
No comments:
Post a Comment