Thursday, 25 April 2024

Hari ke-115 di tahun 2024

 Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam. Nikmat yang tidak putus2 dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya. Adalah menjadi tanggungjawab setiap diri menggunakan segala nikmat untuk dimanfaatkan di jalan Allah. Agar keselamatan diri ketika di akhirat nanti terjamin.

Hari Rabu 15 Syawal bersamaan 24 April. 

Hari persekolahan buat anak2 CikYong. Anak teruna sulong mempunyai raptai merentas desa di sekolahnya pagi ini. Anak teruna kedua pula pulang lewat sekolah pagi disebabkan terdapatnya aktiviti kokurikulum.

Hari ini hanya CikYong seorang sahaja yang berpuasa. Anak2 telah selesai puasa 6 masing2. Sementara suami tinggal sehari sahaja lagi dan beliau akan berpuasa pada esok hari. Hari ini suami perlu menghadiri temujanji doktor.

Untuk sarapan awal pagi sebelum pergi ke sekolah, CikYong sediakan roti telur untuk anak2. Untuk bekal pula, suami belikan nasi lemak. CikYong gorengkan telur mata dan telur dadar sebagai lauk tambahannya. CikYong sediakan juga sandwich telur untuk bekal tampbahan anak teruna sulong.

Pengajian tafsir Surah Yusof ayat 83 di ikim.km, CikYong dapat mengikutinya dan di sambung pula dengan mudarasah kitab Al Wafi syarah kitab hadith 40 An Nawawi. CikYong juga dapat mengikuti kelas ulangkaji bahasa arab bersama ustazah. Alhamdulillah.

Usai kelas bahasa arab, CikYong mula menyediakan juadah tengahari. Menu ringkas hari ini merupakan nasi, kari ayam, ikan goreng dan sayur tumis sawi+kobis.

Selepas Zohor, CikYong menemani suami untuk mengambil anak teruna sulong di sekolah. Seterusnya, kami ke klinik di pekan untuk menghantar suami ke temujanji doktornya. Seterusnya CikYong pulang ke rumah bersama dengan anak teruna sulong. Tidak lama selepas tiba di rumah, CikYong keluar semula untuk mengambil anak teruna kedua di sekolahnya dan bawanya pulang ke rumah. Anak CikYong segera menyediakan beg sekolah petangnya, mandi dan menukar baju. Setelah itu, CikYong keluar semula untuk menghantar anak teruna kedua ke sekolah petangnya. 

Selepas itu, CikYong terus ke pekan semula menuju ke klinik. CikYong menunggu sehingga suami selesai berjumpa dengan doktor. Oleh kerana masa menunggu untuk mengambil ubat agak lama, CikYong dan suami mengambil keputusan untuk pulang sahaja ke rumah. Suami akan mengambil ubatnya pada esok hari.

Dalam perjalanan pulang, hujan turun dengan lebatnya dan diikuti dengan guruh dan petir.

CikYong berbuka puasa dengan suami dengan nasi, kari ayam dan ayam goreng. Anak teruna kedua turut menemani kami makan bersama. Anak teruna sulong pula tidak mahu makan malam.

Hari ke-200 perang di Palestine 🇵🇸. Ucapan Abu Ubaidah dikongsikan bersempena hari ke-200 perang. Keutuhan para pejuang dan rakyat Palestine tetap utuh walaupun telah memasuki hari ke-200. Semoga Allah kurniakan kemenangan kepada mereka dan umat Islam semuanya. Amin amin ya rabbal alamin.















No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...