Monday, 22 April 2024

Hari ke-104 di tahun 2024

Assalamualaikum Salam Syawal…

Hari Sabtu, 4 Syawal bersamaan 13 April.

Pagi ini kakak CikYong seawal pagi telah sibuk di dapur menyediakan bihun dan sup tulang. Mee rebus yang masih berbaki di dalam peti ais, CikYong keluarkan dan dipanaskan.

Oleh kerana ada sahaja anak2 saudara yang masih belum bangun dari tidur, kami bersarapan berperingkat2. Bagi yang telah pun bangun awal, kami sarankan agar bersarapan terlebih dahulu tanpa menunggu yang lain.

Usai bersarapan, kakak, abang, adik CikYong dan keluarga masing2 mula mengemas barang2 dan beg pakaian masing2. Hari ini, semua akan pulang semula ke rumah masing2 di bandar dan ibukota. CikYong juga mula mengemas pelbagai bahan2 memasak dan membungkusnya. CikYong agih2kan serba sedikit untuk masing2 membawanya pulang. CikYong hanya tinggalkan sedikit sahaja untuk keperluan keluarga kecil CikYong. Selebihnya, CikYong pastikan ianya tidak dibazirkan seperti tahun2 sebelumnya. Biskut raya juga CikYong bekalkan serba sedikit.

CikYong juga mengambil kesempatan untuk mengagihkan rak2 baju yang telah tidak digunakan lagi untuk adik beradik CikYong mengambilnya. Rak2 baju tersebut merupakan rak yang CikYong gunakan untuk projek Ramadhan tahun lepas ketika CikYong melaksanakan projek baju raya terpakai.

Menjelang tengahari, satu persatu mula bergerak meninggalkan CikYong dan keluarga. Terasa sunyi apabila semuanya telah pulang ke tempat masing2.

Setelah rumah kembali kepada empat orang penghuni, sempat juga CikYong mengemas rumah sebelum CikYong sekeluarga pergi pula ke rumah bonda.

Kami ke sana untuk membantu bonda dan adik ipar (no.6&8) yang bertungkus lumus melayan tetamu. Anak2 saudara bonda dari keluarga yang besar datang serentak ke rumah bonda untuk berhari raya. Keluarga ini mempunyai kira2 16~17 adik beradik, semuanya telah berkeluarga, datang bersama2 anak cucu. Memang menjadi kemestian keluarga ini datang menziarahi bonda pada setiap tahun di hari raya. Arwah bonda kepada keluarga besar ini merupakan kakak kepada bonda.

Usai menyantuni tetamu dan mengemas rumah bonda serba sedikit, CikYong dan keluarga pun bergerak pulang ke rumah.

Adik CikYong yang telah berhari raya di kampung mertuanya tiba di rumah CikYong pada lewat tengahmalam. Sempat lagi CikYong menghidangkan bihun sup kepada adik dan keluarganya yang baru tiba.

Hari ke-190 perang di Palestine.

Di kongsikan gambar2 sayu rakyat Palestine menziarahi para syuhada di hari ray aidil fitri. Pengemboman terus berlaku tanpa mengira hari perayaan atau pun tidak. Selagi tiada gencatan senjata, pembunuhan dan pemusnahan berterusan di Palestine. Hanya kepada Allah tempat kami berharap agar kami kekal waras menghadapi kemelut kesongsangan nilai manusiawi di ketika dan di saat ini. Amin amin ya rabbal alamin.









No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...