Alhamdulillah untuk kesekian kalinya. Kesyukuran diatas nikmat nyawa yang masih wujud hanya dengan keizinanNya. Subhanallah!
Hari Khamis, 9 Syawal bersamaan 18 April.
Hari ini merupakan hari ke-3 puasa sunat Syawal CikYong. Hari pertama buat suami CikYong. Hari ke kedua buat kedua2 anak CikYong. Pendek kata, hari ini, CikYong sekeluarga berpuasa.
Menu sahur masih lagi sama iaitu nasi goreng buat suami, CikYong dan anak teruna sulong. Nasi putih dan telur dadar dan sup. Roti telur sebagai menu tambahan.
Hari ini adalah hari persekolahan buat anak2 CikYong. Keputusan UPKK diumumkan pada hari ini. Sekolah agama anak teruna kedua meraikan kejayaan anak2 didik dengan mengadakan upacara ringkas pengumuman keputusan UPKK. Oleh kerana itu, guru2 meminta kerjasama dari ibubapa agar tidak menyemak keputusan secara dalam talian pada sebelah paginya. Guru2 ingin membuat ‘kejutan’ buat anak2 didiknya. Alhamdulillah keputusan keseluruhan sekolah begitu cemerlang apabila semua anak didik yang mengambil peperiksaan UPKK mendapat A. Iaitu sekurang2nya 1A. Walaupun hakikatnya bukan gred A yang dikejar, tetapi kesungguhan guru2 yang mencurahkan ilmu kepada anak2 didik yang bersemangat menimba ilmu patut dihargai dan dipuji. Sudah pastinya semuanya ini dengan izin dari Allah yang Maha kaya IlmuNya. Alhamdulillah.
Hari ini CikYong sempat mengikuti tafsir Surah Yusuf di ikim.fm dan juga mudarasah syarah hadith 40 An Nawawi kitab Al Wafi. CikYong juga berkesempatan mendengar beberapa rakaman MyQurantime yang CikYong ketinggalan mengikutinya. Kelas Bahasa Arab bersama ustazah berjalan seperti biasa setelah bercuti hari raya pada minggu lepas.
Usai kelas bahasa arab, CikYong keluar ke pekan bersama suami untuk membeli dapur gas yang baru. Dapur yang sedia ada masih boleh digunakan tetapi terdapat bau gas yang semakin kuat dari hari ke hari. CikYong dan suami mengesyaki kemungkinan terdapat kebocoran di bahagian2 tertentu di dapur tersebut. Oelh kerana tidak mahu mengambil risiko yang tidak disangka, kami mengambil keputusan untuk menggantikannya dengan yang baru sahaja. Kami berjaya mendapatkan sebuah dapur yang berpatutan harganya. Alhamdulillah.
Sebelah petang selepas Asar, CikYong mula menyediakan juadah berbuka dengan dapur yang baru. 😊. InsyaAllah lebih bersemangat dengan dapur yang bersih dari minyak2 yang melekat dan api biru yang nenggambarkan pembakaran yang sempurna. Tiada lagi api kuning yang menyebabkan periuk berjelaga hitam.
Hari ini CikYong menggoreng ayam tepung dan cucur kembung. CikYong panaskan kuah kari semalam dan juga sup ekor yang masih berbaki di dalam peti ais. CikYong cuba membuat bergedil ayam menggunakan isi ayam goreng lebihan semalam. Sebenarnya telah terlalu lama CikYong tidak membuat bergedil. Anak2 mencuba bergedil buat kali pertama. Anak teruna sulong menyukainya tetapi anak teruna kedua tidak menyukainya. Alhamdulillah diatas rezeki makanan berbuka puasa yang diberikan.
Perang di Palestine masih berlanjutan untuk hari ke-195. Suatu tindakan yang mengagumkan CikYong terhadap pekerja2 Google yang membuat sit-in protest iaitu berkumpul dan duduk selama 10 jam di pejabat Google. Mereka membantah projek Nimbus yang merupakan sistem yang akan membantu Isreal untuk meneruskan genocide terhadap rakyat Palestine. Keberanian mereka mempertaruhkan kerjaya mereka sepatutnya disokong dan dihargai. Ya Allah semoga mereka ini dikurniakan hidayah diatas usaha dan keperihatinan mereka terhadap rakyat Palestine yang ditindas. Amin amin ya rabbal alamin.




No comments:
Post a Comment