Tuesday, 2 April 2024

Hari ke-92 di tahun 2024

 Alhamdulillah telah memasuki hari ke-21 Ramadhan. Hari Isnin, 1 April.

Hari pertama persekolahan buat minggu ini untuk anak2 CikYong.

Seawal pagi CikYong bangun untuk menyediakan juadah sahur. Menu hari inj merupakan nasi putih, sup ayam yang dipanaskan bersama ayam goreng tepung untuk anak teruna kedua. Mee goreng untuk anak teruna sulong dan suami. CikYong juga memanaskan ikan keli goreng dan juga membuat roti goreng.

Sebelah pagi, CikYong dan suami pergi ke pasaraya berdekatan untuk membeli bahan2 masakan untuk penyediaan pek kuih projek Ramadhan. CikYong juga membeli serba sedikit keperluan dapur untuk persediaan hari raya.

Pulang dari pasaraya, CikYong terus membuat puding roti marble untuk juadah berbuka puasa anak teruna sulong pada esok hari. InsyaAllah esok, anak teruna sulong akan berbuka puasa bersama rakan2 sekolahnya di padang bandaran di pekan. CikYong sediakan awal agar esok hari CikYong tidak terlalu sibuk untuk menyediakan juadah pek kuih projek Ramadhan.

Selepas Asar, seperti biasa CikYong hantarkan pek kuih ke hospital. Alhamdulillah urusan hari ini berjalan dengan lancar.

Kami sekeluarga berbuka puasa di masjid hari ini. Alhamdulillah rezeki di bulan Ramadhan. Menu hari ini merupakan nasi putih, gulai lemak kuning ayam, sambal kering paru, pajeri, sambal belacan dan timun. Terdapat juga buah tamar dan tembikai. Minuman yang disediakan merupakan kopi ais vietnam, air anggur ais dan milo panas.

Hari ke-178 perang di Palestine. Isreal dikatakan bersetuju untuk menyambung semula perbincangan genjatan senjata setelah PBB mengarahkan Isreal untuk menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Kebuluran semakin terus di kalangan rakyat di Gaza. Kematian bayi dan kanak2 disebabkan kebuluran semakin bertambah.

Suatu kisah yang memotivasikan di kongsi di media sosial. Seorang kanak2 berumur sepuluh tahun telah menjadi sukarelawan di hospital, membantu petugas2 hospital merawat pesakit2. Dapat dilihat kanak2 di Palestine menjadi lebih matang dari usia mereka di sebabkan mereka terpaksa mengharungi keperitan hidup di tanahair yang dijajah.










No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...