Tuesday, 16 April 2024

Hari ke-99 di tahun 2024

 (Telah seminggu CikYong tidak menjenguk ke blog CikYong nie. Disebabkan kesibukan dihari2 akhir bulan Ramadhan, dan ditambah pula dengan penyediaan saat akhir untuk menyambut hari raya. Dan disusuli pula kesibukan di hari raya. Hari ini merupakan 7 Syawal bersamaan 16 April hari Selasa. Namun insyaAllah, CikYong akan usahakan juga mengimbau dan mencatat kembali perjalanan kehidupan yang dilalui sepanjang seminggu yang lalu)

Hari ke-99 di tahun 2024

Hari ke-2 terakhir buat Ramadhan 1445H, 28 Ramadhan bersamaan 8 April hari Isnin. 

Hari ini anak2 tidak ke sekolah bersempena cuti raya selama seminggu.

Pada mulanya CikYong bercadang untuk membuat sejenis lagi biskut raya. Namun hasrat CikYong tidak kesampaian. Semalam, anak teruna sulong CikYong telah mengadu kedudukan ‘palatel extender’ telah berubah menyebabkan ianya menekan kepada gusi.

Sebenarnya, semenjak hampir dua tahun yang lalu, anak teruna sulong CikYong mendapat rawatan di klinik orthodontik. Kedudukan rahang bawahnya jauh ke dalam menyebabkan ketika mengigit, gigi bawahnya akan terkena ke lelangit. Keadaan gigi seperti ini termasuk di dalam kategori ‘underbite’. Setelah beberapa kali menghadiri sesi temujanji di klinik gigi, anak CikYong dirujuk pula ke klinik orthodontik. Di sini, doktor telah mencadangkan pemakaian palatel extender di dalam mulut untuk membolehkan rahang bawah dipanjangkan. Sehingga ke hari ini, kedudukan gigi bawah telah hampir ke kedudukan yang sepatutnya iaitu apabila gigi bawah dan gigi atas berada tepat di antara satu sama lain.

Oleh kerana anak mengadu perihal palatelnya, maka pagi ini, CikYong cuba menelefon klinik untuk mendapatkan nasihat untuk mengatasi masalahnya. Klinik menyarankan agar CikYong membawa anak ke klinik untuk berjumpa dengan doktor pakar pada pagi ini juga. CikYong terus bawakan anak ke klinik. Oleh kerana klinik terletak di tengah2 pekan, dan jalan di pekan pula telah mula sesak disebabkan hari raya yang semakin hampir, maka perjalanan ke klinik juga mengambil masa yang lebih panjang. Namun Alhmadulillah, kami tidak perlu menunggu lama di klinik dan urusannya juga tidak mengambil masa yang panjang.Menurut kata anak CikYong, doktor telah membaiki sedikit palatel tersebut agar ianya terletak elok di tempat yang sepatutnya.

Usai urusan di klinik, kami tiba di rumah ketika hampir waktu tengahari. Selepas Zohor, CikYong terus menyediakan menu pek Ramadhan iaitu puding roti marble. Alhamdulillah sempat CikYong sediakan dan CikYong hantarkannya selepas solat Asar. Hari ini anak sulong CikYong menemani CikYong menghantarkan pek2 kuih ke hospital.

Sebelah petang dihujani dengan hujan lebat, namun ianya telah reda diketika hampir ke waktu Maghrib. Kami sekeluarga berbuka puasa di masjid. Hari ini telah berkurangan jemaah yang berbuka di masjid, kemungkinan ramai yang berbuka di rumah dengan anak cucu yang telah mula pulang ke kampung. Suami membawa balik nasi minyak dan ayam yang berbaki dari masjid.

Hari ke-185 perang di Palestine. Ramadhan semakin berakhir, namun perang di Palestine masih lagi tiada tanda2 ianya akan berakhir. Bumi Gaza masih lagi di bom. Penduduk Palestine masih lagi terkorban di tatkala mereka sedang berpuasa. Ya Allah kami memohon RahmatMu untuk kami dikurniakan kekuatan melawan kuasa2 besar yang merosakkan bumi ini. Amin amin ya rabbal alamin.





No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...