Alhamdulillah dan Selamat pagi yang indah. Salam Jumaat yang baraqah.
19 April bersamaan 10 Syawal hari Jumaat.
Hari ini merupakan hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Sekolah pagi anak teruna kedua mengadakan acara merentas desa. Pda hari selasa yang lepas telah diadakan raptai merentas desa. Selepas raptai tempoh hari, anak mengadu kakinya sakit. Mungkin disebabkan otot kaki tiba2 berkerja keras tanpa ada apa2 latihan ringan sebelumnya. Hari ini, ketika pulang dari sekolah, anak CikYong mengadu sakit kakinya bertambah. Beliau juga tidak berjaya mendapatkan kedudukan lima puluh yang terawal apabila dia hanya berada pada kedudukan ke lima puluh satu. “Tiada rezeki la tu”, CikYong katakan kepadanya.
Hari ini hanya CikYong, suami dan anak teruna sulong yang berpuasa. Anak teruna kedua tidak berpuasa kerana dia perlu menyertai acara merentas desa di sekolah pagi dan terdapat jamuan hari raya di sekolah petangnya.
Sebelah pagi sehingga ke tengahari, CikYong agak sibuk memasak brownies dan Cheesetart. Brownies dijadikan buah tangan untuk adik ipar (no.2) yang pulang sebentar ke kampung. Adik ipar ingin membawa bonda ke rumahnya di ibukota pada hari ini juga. Pada hari Ahad yang akan datang, akan ada keluarga yang berkunjung ke rumahnya untuk merisik anak dara sulongnya. Oleh kerana itu, beliau ingin bonda turut ada bersama untuk menyambut tetamu yang membawa hajat besar.
Cheesetart pula CikYong sediakan untuk anak teruna kedua bawakan ke jamuan hari raya di sekolah petangnya. Anak CikYong berpakaian baju melayu dan bersampin ke jamuan hari raya.
Sebelah petang pula, CikYong memasak gulai cili padi ikan merah dan menggoreng sepotong ikan merah. CikYong juga membuat nugget ayam yang diminta oleh anak teruna sulong untuk kesekian kalinya. Oleh kerana persediaan homemade nugget agak renyah, makanya agak jarang CikYong menyediakannya walaupun anak2 amat menggemarinya. Sementara itu, anak teruna kedua CikYong pula ada membawa pulang lebihan juadah daripada jamuan hari raya di sekolah petangnya. Alhamdulillah diatas rezeki makanan yang dilimpahkan olehNya.
Hari ke-195 perang di Palestine. Amerika menggunakan kuasa vetonya untuk kesekian kalinya. Algeria telah membawa cadangan resolusi kepada Security Counsel untuk mengiktiraf Palestine sebagai anggota PBB. 12 menyokong, 1 membangkang dan 2 berkecuali. Sehingga ke hari ini, tiada satu pun tindakan berkesan daripada PBB yang dapat menghentikan kekejaman Isreal terhadap Palestine. Ternyata wakil2 dari seluruh dunia tidak berdaya melakukan sesuatu kecuali tunduk kepada samseng2 dunia dan sekutunya. Di keadaan seperti ini mendorong manusia mencari suatu entiti yang lebih berkuasa untuk mengembalikan keamanan di dunia yang berantakan ini. Sesungguhkan hanya kepada Allah tempat kita berserah dan bergantung. Semoga Allah limpahi rahmatNya kepada mereka2 yang berusaha mencari kebenaran yang hakiki. Amin amin ya rabbal alamin.



No comments:
Post a Comment