Alhamdulillah kerana masih lagi di izinkan menghidup udara segar di pagi hari ke-27 Ramadhan. Bersamaan 7 April, hari Ahad.
Sahur hari ini CikYong memasak nasi, gulai kari kosong, telur dadar dan roti jala. Gulai kurma daging yang suami bungkuskan dari masjid semalam, CikYong panaskan. Begitu juga tomyam semalam, CikYong panaskan sahaja.
Dari pagi hingga ke petang, CikYong sibuk di dapur membuat kuih raya. Hari ini CikYong membuat semperit dan biskut choc chips.
Suami pula sibuk mengemas rumah. Anak2 membantu abah mereka di mana yang perlu. Langsir2 dibasuh. Karpet dibasuh. CikYong juga meminta anak2 untuk mencuci tingkap. Masih banyak lagi kerja mengemas dan mencuci yang tidak dapat diselesaikan pada hari ini, InsyaAllah akan disambung pada esok hari pula.
Manakala, untuk projek Ramadhan, CikYong hanya menempah kuih karipap dan dangai. Setelah Asar, CikYong hantarkan pek2 kuih ke hospital. Suasana hampir raya tidak terasa di hospital dan sekitarnya. Jika ada pun hanyalah lagu raya yang dipasang oleh pengawal keselamatan di telefon bimbit masing2. Selain daripada itu, suasana hospital seperti hari2 biasa.
Hari ini kami sekeluarga berbuka puasa di rumah bonda. Adik ipar (no. 4) dan keluarganya telah tiba dari selatan semenanjung pada malam semalam. Adik ipar (no. 3) dan keluarga juga turut serta. Adik ipar bongsu (no. 8) dan keluarganya yang tinggal bersama bonda juga masih lagi ada di rumah sebelum dia pulang ke rumah ibu mertuanya pada esok hari. Suasana meriah ketika berbuka puasa dengan pelbagai juadah. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan.
Hari ke-184 perang di Palestine. Hari ini disebabkan kesibukan CikYong di dapur, CikYong tidak berkesempatan untuk membuka media sosial membaca berita2 Palestine. Namun doa untuk Palestine sentiasa CikYong panjatkan di dalam solat dan doa.




No comments:
Post a Comment