Thursday, 25 April 2024

Hari ke-111 di tahun 2024

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menjadikan alam ini sebagai tempat yang sesuai buat kita manusia menjalani kehidupan yang bersyariat. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari ini 20 April bersamaan 11 Ramadhan hari Sabtu.

Hari ini CikYong sekeluarga berpuasa sunat Syawal. Hari ke-5 untuk CikYong, hari ke-3 untuk suami, hari ke-4 untuk anak teruna sulong dan hari ke-3 untuk anak teruna kedua. Hari ini kami masih bersahur dengan nasi goreng kecuali anak teruna kedua. Beliau kurang berselera makan nasi, hanya menjamah cucur kembung untuk sahurnya.

Hari cuti hujung minggu buat anak2 CikYong. 

CikYong berkesempatan menghabiskan siri rakaman MyQurantime yang masih berbaki beberapa episod yang CikYong tertinggal.

Hari ini CikYong meluangkan banyak masa di dapur. CikYong mulai dengan membakar cookies choc chips yang diminta oleh anak2. Cookies yang sama CikYong buatkan sebelum hari raya telah pun habis, oleh kerana itu CikYong buatkan sekali lagi di atas permintaan anak2. Usai membakar cookies, CikYong mula memasak rendang daging. Daging yang di bawa balik oleh adik ipar tempoh hari untuk sambutan hari raya masih banyak lagi tersimpan di dalam peti ais sejuk beku. Bahan2 untuk merendang juga masih banyak berbaki. Sementara CikYong masih ada lagi momentum untuk merendang, maka CikYong teruskan saja merendang dan Alhamdulillah rendang siap di masak sebelum masuk Asar. Kemudiannya, CikYong agih2kan rendang tersebut kepada jiran dan keluarga terdekat. Oleh kerana suami dan anak2 kurang makan daging, CikYong tinggalkan semangkuk sahaja di rumah CikYong.

Selepas Asar, CikYong masuk semula ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Oleh kerana telahpun ada rendang untuk lauk berbuka, CikYong hanya menambah ayam goreng. CikYong panaskan gulai cili padi ikan yang masih berbaki dari semalam. Begitu juga dengan nugget homemade dan ikan goreng. Alhamdulillah rezeki kami berbuka puasa cukup seadanya.

Hari ke-196 perang di Palestine. CikYong terbaca kisah seorang doktor dari Malaysia yang telah pulang dari Palestine Gaza. Beliau telah berkongsi pengalamannya merawat rakyat Palestine yang cedera. Pada masa yang sama, kerisauan dan perasaan takut sentiasa menyelubungi pemikiran apabila berada di lapangan perang. Ianya seakan2 seperti di dalam filem2 hollywood tetapi ianya berbeza kerana ianya adalah realiti yang sebenar2nya.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...