25 Ramadhan bersamaan 5 Ramadhan, hari Jumaat.
Assalamualaikum hari Jumaat yang diberkati.
Hari ini dimulai dengan ucapan syukur dan istifar. Syukur diatas nyawa masih dipinjamkan. Istifar diatas segala kesalahan dan kesilapan di dalam menjalani kehidupan yang dipinjamkan.
Sahur hari ini CikYong masakkan nasi goreng, telur dadar dan roti jala. CikYong panaskan saja kari daging yang masih berbaki. Namun anak teruna kedua menyatakan kari hari ini agak berbeza dari kari sebelum2nya.
Hari ini merupakan hari persekolahan terakhir buat anak2 sebelum bercuti selama seminggu bersempana hari raya.
Selepas solat subuh, CikYong ikuti mudarasah Syarah Al Wafi hadith 40 An Nawawi. Hari ini menyambung penerangan berkaitan hadith ke-5 iaitu berkaitan amalan Bida’ah.
Seawal pagi, CikYong telah masuk ke dapur untuk menggoreng kacang tanah. Proses membuang kulit kacang memakan masa juga. Selepas solat Zuhur, CikYong menyambung semula memproses kacang tanah sehingga ke mengisar kacang tanah. Kacang jancur ini akan CikYong gunakan untuk membuat biskut mazola pada esok hari insyaAllah.
Menu juadah projek Ramadhan hari ini merupakan karipad dan dangai telah ditempah lebih awal. Disebabkan hari Jumaat, kuih dihantar agak lewat sedikit, namun CikYong masih sempat menyediakan pek2 kuih dan menghantar ke hospital seperti biasa.
Pada mulanya, kami bercadang untuk berbuka puasa di masjid. Namun anak teruna sulong berasa kurang sihat, samit tekak dan panas badan, maka kami hanya berbuka puasa di rumah.
CikYong masakkan nasi lemak dan menggoreng telur. Sambal nasi lemak semalam yang masih berbaki, CikYong panaskan sahaja. CikYong juga masakkan nasi putih untuk suami. Suami pula belikan ikan keli sambal dan murtabak di bazar Ramadhan.
Hari ke-182 perang di Palestine. Serangan Israel masih lagi berlarutan. Israel telah mengembom kedutaan Iran di Syria. Ianya merupakan provokasi untuk mengheret Iran ke medan peperangan. Sementara itu, umat Islam di Palestine menghadirkan diri beramai di masjid Al Aqsa untuk menunaikan solat subuh, solat Jumaat dan Solat Terawih.









No comments:
Post a Comment