Alhamdulillah diatas kurniaan usia disampaikan hingga ke hari ini. Suatu perjalanan yang penuh dengan pengalaman manis dan pahit yang membentuk peribadi diri.
Salam Syawal ke-14 bersamaan 23 April hari Selasa.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini CikYong sekeluarga kecuali anak teruna sulong menyambung berpuasa sunat. Anak teruna sulong telah lengkap menunaikan puasa sunat Syawal 6 nya semalam. Hari ini adalah hari-6 bagi anak teruna kedua dan hari-5 bagi suami. CikYong pula berpuasa sunat hari putih. Seingat CikYong inilah kali pertama CikYong berpuasa sunat hari putih.
Menu sahur yang mudah, CikYong panaskan sahaja sup soto bersama nasi impit. Untuk anak teruna kedua, nasi bersama sup soto dan ayam goreng. CikYong cuma menggoreng roti telur sebagai tambahan. Anak teruna sulong turut menjamah roti telur sebagai sarapannya sebelum pergi ke sekolah.
Selepas Subuh, CikYong sediakan pula sandwich telur dan buah lai potong sebagai bekal. Nasi lemak yang dibeli oleh suami juga untuk dijadikan bekal anak teruna sulong ke sekolah. CikYong gorengkan telur mata sebagai lauk tambahannya.
Pagi ini selepas Subuh, CikYong mendengar tafsir Surah Yusuf ayat 87 di ikim.fm. Usai tafsir selesai, CikYong menyambung pula mudarasah kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi secara dalam talian.
Setelah selesai mengemas rumah serba sedikit, CikYong menjenguk pula pepohon bunga kertas di tepi rumah. CikYong lakukan sedikit pruning pada pokok2 kertas dan alamanda yang telah merimbun.
Usai berkebun, CikYong ikuti pula rakaman kelas bahasa arab oleh Ustaz Muein. Kelas secara lansungnya diadakan pada malam semalam. Namun, memandangkan CikYong terasa begitu mengantuk untuk mengikutinya semalam, maka CikYong menonton rakamannya pada pagi ini.
Pada tengahari, CikYong ikuti pula MyQurantime melalui siaran langsungnya di fb live.
Untuk makan tengahari anak teruna sulong, CikYong tidak menyediakan apa2 untuknya. Menurut anak CikYong, dia tidak mahu makan makanan berat di tengahari ini. Beliau hanya ingin makanan ringan sahaja dan akan makan berat bersama kami di waktu berbuka puasa.
Di sekolah petang anak teruna kedua, hari ini diadakan ujian bakat untuk memilih wakil sekolah ke pertandingan nasyid, hafazan, tilawah, khat dan jawi. Anak CikYong mencuba di acara hafazan.
Lewat petang hujan lebat disertai angin kuat, guruh dan petir melanda kampung CikYong dan kawasan sekitarnya. Terdapat kebocoran di beberapa tempat di rumah CikYong. Adakalanya, di ketika hujan lebat dan disertai dengan angin, akan ada kebocoran disebabkan tempias yang banyak melalui lubang2 angin di rumah ini dan juga adanya kebocoran di bumbung.
Hari ke-199 perang di Palestine (terdapat paparan di media sosial yang menyatakan hari ini merupakan hari-200. Mungkin CikYong ada tersilap di dalam pengiraan harinya, namun CikYong kekalkan sahaja seperti pengiraan yang sedia ada)
Serangan semakin meningkat di Rafah. Kira2 1.5juta penduduk Gaza berada di perkhemahan di Rafah setelah bahagian utara dan tengah Gaza hancur dimusnahkan oleh bom2 dari Isreal. Semoga Allah melindungi Palestine dari kekejaman berterusan Isreal. Semoga laknat Allah diturunkan kepada manusia2 perosak bumi. Amin amin ya rabbal alamin.







No comments:
Post a Comment