23 Ramadhan bersamaan 3 April, hari Rabu.
Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan oleh Allah akan nyawa ini untuk terus berusaha memperbaiki diri dan sekeliling
Sahur hari ini, CikYong sediakan nasi goreng dan roti jala. Nasi minyak yang suami bawa dari masjid pda malam semalam, CikYong panaskan sahaja. Begitu juga dengan kari daging dan kuah dalca.
Hari ini merupakan hari persekolahan untuk anak2 CikYong. Namun setelah pulang dari sekolah pagi, anak teruna kedua CikYong mengadu bahawa beliau terpaksa kerap ke tandas di sekolah disebabkan hidungnya banyak berhingus. Badannya juga terasa seperti hendak demam. Oleh kerana itu, beliau dia pergi ke sekolah petangnya.
Pagi2 lagi CikYong telah masuk ke dapur untuk menyediakan menu projek Ramadhan hari ini iaitu puding roti marble. Selepas Asar, CikYong hantarkan pek2 kuih ke hospital. Hari ini CikYong dibantu oleh anak teruna sulong untuk membawa dua bag plastik besar yang mengandungi pek2 puding.
Usai pulang dari menghantar ke hospital, CikYong masuk kembali ke dapur untuk menyediakan juadah berbuka puasa. Oleh kerana anak teruna kedua CikYong kurang sihat, maka hari ini kami berbuka puasa di rumah sahaja. CikYong memasak nasi dan menggoreng ayam salut tepung. Nasi minyak, kari daging dan dalca yang masih berbaki dari sahur, CikYong panaskan sahaja. Suami CikYong belikan ikan talapia bakar dan air strawberi bungkus. CikYong pula sediakan air teh panas. Alhamdulillah di atas rezeki berbuka puasa hari ini.
Sebelah malam, anak teruna kedua hanya bersolat Isya’ dan Terawih di rumah sahaja.
Hari ke-180 perang di Palestine. Berita perihal terbunuhnya tujuh sularelawan yang datang membantu pengedaran makanan kepada penduduk Gaza masih lagi hangat dikongsikan di media sosial. Pelbagai negara dan pihak mengutuk tindakan kejam Isreal. Isreal hanya mengatakan bahawa mereka ter’silap’ menyerang konvoi kemanusiaan tersebut. Ekoran daripada kejadian tersebut, ngo yang terlibat telah menghentikan operasi bantuan kemanusiaannya kepada penduduk Gaza yang kebuluran. Sudah pasti keputusan tersebut adalah merupakan matlamat Isreal iaitu mengakibatkan sebarang bantuan kepada rakyat Palestine dihentikan.
Ya Allah hanya kepadaMu tempat kami bergantung.






No comments:
Post a Comment