Alhamdulillah hari baru yang segar dan nyaman. Alhamdulillah masih lagi diizinkan bernafas.
Hari Ahad, selamat berhujung minggu. Telah memasuki sepuluh hari terakhir Ramadhan. Alhamdulillah masih diizinkan menemuinya.
20 Ramadhan bersamaan 31 Mac.
Sahur hari ini, CikYong sediakan nasi putih, nasi goreng, sup ayam, kari ayam dan roti jala. Oleh kerana anak2 kurang berselera untuk makan nasi di waktu sahur, maka CikYong sediakan juga juadah sampingan iaitu roti jala. Anak2 CikYong memang gemarkan roti jala.
Hari ini menu untuk projek Ramadhan adalah cucur badak, cek mek molek dan koci. Selepas Asar CikYong hantarkan pek kuih ke hospital. Di ketika CikYong tiba di hadapan bilik on call staff nurse, bilik tersebut berkunci, tiada orang di dalamnya. Semasa CikYong menunggu, seorang petugas hospital melintasi CikYong dan menegur CikYong perihal tiada staff nurse di bilik on call. Beliau mencadangkan agar CikYong tinggalkan sahaja pek2 kuih di pantry wad 1C yang bersebelahan dengan bilik on call tersebut. CikYong setuju untuk mengikut saranan petugas tersebut. Namun oleh kerana CikYong tidak membawa telefon bimbit CikYong, CikYong bercadang untuk menghantar pesanan kepada Matron untuk memaklumkan kedudukan pek2 tersebut.
Setelah CikYong tiba di rumah, CikYong terus masuk ke dapur untuk menyediakan juada berbuka puasa. Menu hari ini adalah nasi putih, ayam goreng tepung. Suami CikYong belikan ikan keli goreng untuk lauknya. CikYong gorengkan juga karipap dan kuih bom sejukbeku. CikYong panaskan sup ayam, kari ayam dan pajeri. Untuk minuman, CikYong sediakan sirap selasih suam dan air vico sejuk. Hari ini juga merupakan hari mee segera buat anak2 CikYong. Makanya, anak2 CikYong berbuka puasa dengan mee segera.
Setelah berbuka puasa, barulah CikYong teringat untuk menghantar pesanan kepada Marton berkaitan pek2 kuih yang ditinggalkan di pantry. Alhmdulillah, CikYong terima pesanan balas daripada Matron memaklumkan pek2 kuih tersebut telah diedarkan.
CikYong ada menerima panggilan dari seorang Staff Nurse. Rupa2nya beliau ingin menempah kuih seperti pek2 kuih yang CikYong telah hantar ke hospital. Namun CikYong memohon maaf kepadanya kerana tidak dapat menerima tempahan. Sebagai ganti, CikYong mencadangkan beliau membeli di gerai kuih di kampung CikYong. Di antara kuih2 yang CikYong tempah, ada yang CikYong tempah melalui gerai kuih tersebut. Diharap saranan CikYong itu dapat membantu beliau.
Hari ke-177 perang di Palestine. Sesungguhnya perang ini begitu menguji kesabaran bukan sahaja kepada rakyat Palestine malah kepada semua yang membantu dan menyokong perjuangan rakyat Palestine. Telah hampir enam bulan perang ini berlarutan. Tanda2 ianya akan berakhir juga masih tidak kelihatan. Ya Allah berikanlah kami kekuatan dan kesabaran di dalam usaha kami berjihad di jalan Allah. Amin amin ya rabbal alamin.

No comments:
Post a Comment