Sunday, 21 April 2024

Hari ke-103 di tahun 2024

 Salam Syawal. 3 Syawal bersamaan 13 April. Hari Jumaat.

Ada yang telah berkerja semula setelah bercuti menyambut hari raya. Namun anak2 CikYong masih lagi bercuti. Cuti persekolahan selama seminggu.

Pagi ini kami empat keluarga bersarapan nasi lemak bungkus dan roti canai, sama seperti hari semalam.

Hari ini kami bercadang untuk menziarahi seorang lagi kakak sepupu yang tinggal di kampung berhampiran. Setelah semuanya mandi bersiap, kami mengambil kesempatan untuk bergambar beramai2. Setelah hari ke-3 barulah kami berkesempatan untuk bergambar bersama2 sebagai kenangan Sebenarnya masih kekurangan satu lagi keluarga untuk melengkapkan keluarga besar kami, iaitu seorang lagi adik CikYong dan keluarganya. Hari raya ini beliau berhari raya di kampung mertuanya di negeri sebelah timur. Beliau bakal pulang ke sini pada petang esok, insyaAllah.

Kami bergerak ke rumah kakak sepupu. Di ketika kami tiba di rumahnya, rupa2nya kakak sepupu tiada di rumah. Rumahnya kosong tiada penghuni. Makanya kami pulang semula ke rumah. Kami tidak menrancang untuk menziarahi saudara lain yang tinggal berjauhan disebabkan hari ini adalah hari Jumaat. Kaum adam akan pergi mengerjakan solat Jumaat.

Di rumah, kakak memasak soto ayam. Sementara abang long CikYong pergi ke pekan membeli mee rebus kegemarannya. Beliau telah memborong lima belas bungkus mee rebus. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan.

Sebelah petangnya, CikYong membantu kakak CikYong memasak rendang daging. Adik ipar (suami adik bongsu CikYong) pula telah menempah lemang. 

Sebelah malamnya, kami menjamu selera lagi dengan rendang dan lemang. Mungkin disebabkan sedapnya juadah, adik ipar membeli lagi lemang sebagai tambahan. Adik ipar juga menyediakan air tembikai laici tanpa gula yang sungguh enak. 

Jiran baru yang menyewa di rumah sebelah datang berhari raya bersama dua orang anaknya. Inilah kali pertama CikYong dapat berkenalan dengan jiran baru ini. Sementara itu, anak2 dan sepupu mereka sibuk bermain bunga api dan mercun di halaman rumah.

Hari ke-189 perang di Palestine. Pemimpin Hamas Ismail Haniyeh menghadapi ujian yang gerir apabila tiga orang anaknya san cucunya terkorban apabila kereta mereka dibedil oleh Isreal. HasbunAllahi wa nikmal wakel. Sesungguhnya kekuatan iman pemimpin dan rakyat Palestine merupakan contoh terbaik umat Islam yang beriman di zaman kini.






No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...