Thursday, 25 April 2024

Hari ke-113 di tahun 2024

 Alhamdulillah di atas segala nikmat yang dilimpahi oleh Allah. Segala pujian hanya untuk Allah

Salam Isnin 22 April bersamaan 13 Syawal.

Hari ini merupakan hari persekolahan untuk anak2 CikYong.

CikYong bangan awal menyediakan sahur untuk kami sekeluarga. Hari ini kami sekeluarga masih meneruskan puasa sunat. CikYong berpuasa sunat Isnin. CikYong telah selesai melengkapkan puasa 6 sunat Syawal. Oleh kerana suami dan anak2 berpuasa hari ini, maka CikYong juga turut berpuasa memandangkan CikYong perlu penyediakan sahur untuk semua. Hari terakhir puasa Syawal bagi anak teruna sulong, hari ke-5 bagi anak teruna kedua. Hari ke-4 bagi suami.

Hari ini CikYong hanya menggoreng telur dadar dan roti telur. Kuah sup soto CikYong panaskan, begitu juga nasi yang masih berbaki daripada berbuka puasa semalam.

Pada sebelah pagi, setelah solat Subuh, CikYong ikuti tafsir surah Yusuf di ikim.fm dan diikuti dengan mudarasah kitab Al Wafi syarah hadith 40 An Nawawi secara dalam talian.

Pagi ini CikYong mencuci tingkap2 di bahagian dapur. Ianya mengambil masa hampir dua jam untuk menghabiskannya.

Setelah membersihkan diri, CikYong masuk pula ke dapur. CikYong membakar cheesetart untuk diberikan kepada anak saudara CikYong. CikYong juga membuat ‘shell’ mangkuk tart telur sebagai persediaan untuk membakar tart telur nanti.

Hujan turun dengan lebatnya menjelang lewat petang. 

CikYong mula menyediakan juadah berbuka puasa selepas Asar. Hari ini CikYong hanya memasak pulut, menggoreng ayam dan masak air labu kuning. Rendang daging yang masih berbaki di dalam peti ais, CikYong panaskan sahaja. CikYong rebuskan telur sebagai lauk alternatif bersama pulut kerana anak teruna kedua CikYong tidak makan daging. 

Ketika waktu hampir berbuka puasa, anak teruna sulong bertanyakan samada soto ayam nasi impit masih ada lagi. CikYong panaskan sup soto, dan CikYong masukkan nasi impit dan bergedil ke dalam sup soto yang dipanaskan. Alhamdulillah rezeki makanan berbuka puasa kami yang ringkas dan mengenyangkan.

Sebelah malam, anak teruna kedua mula ‘unboxing’ set lego barunya dengan keterujaan yang tinggi. Pada mulanya, beliau ingin memasang legonya sehingga lengkap, namun diatas keterbatasan masa, ianya akan disambung pada hari esok.

Hari ke-198 perang di Palestine.

Di negara barat, semakin ramai rakyat melakukan demonstrasi pro-Palestine walaupun pelbagai sekatan dan peraturan dikenakan oleh pihak kerajaan mereka. Begitu juga pelajar2 universiti semakin ramai melakukannya di universiti masing2. Demonstrasi pelajar semakin berkembang kepada universiti yang lainnya. Ya Allah sesungguhnya Allah Maha Pengatur dan Berkuasa. 








No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...