Alhamdulillah. Masih diizinkan bernafas untuk kesekian harinya. Tanggungjawab masih banyak yang perlu dilunaskan. Ya Allah permudahkanlah diri ini melakukan ibadah dan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
Hari Sabtu 18 Syawal bersamaan 27 April.
Hari cuti persekolahan buat anak2 CikYong. Namun anak teruna sulong CikYong perlu ke sekolah untuk menyertai merentas desa. Sebelum ke sekolah, dia bersarapan nasi lemak yang dibelikan oleh suami. Sempat lagi anak CikYong mengubah cadangan semalamnya daripada mendapat nombor kepada melengkapkan tempoh larian merentas desa di bawah lima belas minit.
Seawal pagi, CikYong memasak dua biji kek congo bar. Sebiji CikYong jadikan sebagai buah tangan ke rumah terbuka saudara sebelah suami. Sebiji lagi akan dibawa ke hari terbuka anjuran masjid di kampung CikYong pada esok hari.
Suami CikYong keluar untuk membeli barang2 dapur dan kemudiannya ke rumah bonda. Selepas selesai acara merentas desa, anak teruna sulong terus ke rumah opahnya (bonda). Beliau ingin belajar menunggang motosikal bersama sepupunya. Sepupunya yang setahun lebih tua menawarkan dirinya untuk mengajar anak CikYong. Suami ke rumah bonda untuk memantau sesi mengajar motosikal tersebut.
Sebelum tengahari, suami dan anak2 tiba di rumah. Anak teruna sulong memaklumkan bahawa beliau tidak dapat melakukan lariannya di bawah 15 minit. Beliau terlebih masa sebanyak seminit iaitu dilengkapkan dalam masa 16 minit. Beliau meminta CikYong menerima 16 minit untuk meluluskan permohonan pembelian game. Oleh kerana syarat tidak dapat dipenuhi, CikYong meminta beliau menambah sesuatu sebagai top up kepada pemohonannya. Beliau memberi cadangan bahawa beliau akan membasuh pinggan mangkuk untuk semua dan termasuk peralatan dapur yang CikYong gunakan semasa memasak.
CikYong dan keluarga kemudiannya bersiap2 untuk pergi ke jamuan rumah terbuka. Kami singgah di rumah bonda untuk bertukar kereta dan juga mengambil bonda dan empat orang anak saudara. Dua orang anak saudara merupakan anak kepada adik ipar lelaki (no.3). Dua orang lagi adalah anak adik ipar perempuan (no.8). Kami menggunakan kereta adik ipar perempuan untuk memuatkan tiga orang dewasa, empat orang remaja dan dua orang kanak2. Di bahagian penumpang di dalam kereta boleh dikatakan agak sempit juga. Namun oleh kerana perjalananke rumah terbuka tidaklah lama, anak2 dapat bertahan keadaan sempit tersebut.
Di rumah terbuka, tuan rumah menyediakan pelbagai juadah yang sedap dan menyelerakan. Kelebihan jamuan rumah terbuka atau sebarang kenduri yang dianjurkan oleh tuan rumah ini adalah kerana keluarga ini merupakan pengusaha katering sebagai perniagaan keluarga. Oleh kerana itu, juadah2 yang disediakan sendiri sentiasa memenuhi selera tetamu2nya. Menunya kali ini terdiri daripada nasi ayam, nasi putih, rendang ayam, ayam masak merah, sambal udang, ikan masak cuka, rendang kerang, soto, laksa, nasi impit, rendang dan pulut kuning. Juadah manisan pula terdiri daripada popia goreng, karipap, nona manis dan brownies. Air minuman pula terdapat air sirap, air hijau, kopi O panas dan teh tarik. Alhamdulillah diatas rezeki makanan yang dilimpahi kepada rakyat negara ini. Semoga kebaikan daripadanya diperolehi dan keburukannya dijauhi.
Usai menikmati juadah dan bertanya khabar dan beramah mesta dengan sanak saudara, kami meminta izin untuk bergerak pulang. Di dalam perjalanan pulang, kami menempuh hujan lebat yang baru bermula. Alhamdulillah, ketika kami tiba di rumah bonda, hujan telah pun reda.
CikYong dan keluarga singgah di rumah bonda untuk bersolat Asar. Setelah solat, anak2 mengambil kesempatan untuk bermain games bersama2 sepupu mereka. Ketika waktu hampir lewat petang, sambil menunggu anak2 selesai bermain, ada tetamu datang bertandang untuk berhari raya. Tetamu merupakan keluarga arwah pakcik kepada suami CikYong. Kami tangguhkan untuk pulang ke rumah untuk melayani tetamu. Sempat juga adik ipar perempuan (no.8) memasak kuey tiaw goreng dan keropok sebagai hidangan untuk tetamu disamping kuih2 raya.
Setelah tetamu pulang selepas bersolat Maghrib, barulah kami bergerak pulang. Pada mulanya, suami ingin membelikan burger sahaja untuk makan malam anak2. Namun semua gerai burger yang kami temui ditutup pada malam ini. Tiada satu pun yang dibuka. Oleh kerana itu, ketika tiba di rumah, CikYong sediakan sandwich aka roti benjo versi CikYong untuk makan malam anak2. Dua keping roti wholemeal di tengah2nya diletakkan telur goreng mata, sedikit sos cili dan mayonis dan salad. Alhamdulillah diatas rezeki yang ada.
Telah memasuki hari-203 perang di Palestine.
Berita perihal Menteri Keselamatan cedera akibat dari kemalangan jalanraya di kongsikan di media sosial. Demonstrasi pelajar tetap di teruskan walaupun terdapat tindakan tegas dari pihak berkuasa. Penemuan lebih banyak mayat2 daripada kubur2 besar di perkarangan hospital Nasser yang telah di cerobohi oleh tentera Isreal sungguh menyayat hati. Tiada perkataan yang dapat CikYong ungkapkan masa ini. CikYong akan huraikan di masa yang lain apabila CikYong telah ada kekuatan untuk berkongsikannya.





No comments:
Post a Comment