Assalamualaikum 26 Ramadhan. Hari Sabtu 6 April.
Hari ini bermulanya cuti persekolahan untuk anak2 CikYong dan anak2 yang lain selama seminggu bersempena Hari Raya Aidil Fitri.
Masih lagi di dalam usaha mengejar keberkatan 10 hari terakhir Ramadhan. Kepenatan mula dirasai, namun tekad untuk meneruskannya sehingga ke garis penamat, dengan izin Allah. Semoga Allah mengampuni diri ini, keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya.
Sahur hari ini, kami direzekikan tomyam yang dibeli oleh suami selepas balik dari solat terawih malam semalam. CikYong masakkan nasi, telur dadar dan roti telur. Lewat juga anak2 bangun untuk bersahur.
Dari pagi hingga ke petang, CikYong di dapur membuat biskut mazola. Sebelah petang, anak CikYong membantu menghantarkan sebalang biskut mazola ke rumah ibu saudara CikYong. Ibu saudara tinggal berdekatan dengan rumah CikYong, iaitu selang sebuah rumah.
Hari ini cuaca agak panas, di tambah pula bahang panas dari oven yang CikYong gunakan. Anak2 juga mengadu cuaca panas menyebabkan mereka terasa keletihan apabila menjelang petang.
Projek Ramadhan diteruskan. Hari ini keadaan menjadi sedikit menggusarkan apabila pembuat kuih yang ditempah lambat tiba untuk menghantar kuih. Hanya selepas Asar barulah kuih di hantar ke rumah. Rupa2nya pembuat kuih tertidur, makanya terlewatlah dia menggoreng karipap yang ditempah. Menu pek kuih hari ini merupakan karipap dan dangai.
Hari ini kami sekeluarga berbuka puasa di masjid setelah tiga hari berbuka puasa di rumah. Menu hari ini merupakan nasi putih, gulai kurma kambing, tumis kobis, ayam masak merah, ikan masin goreng pedas, timun, sambal belacan. Buah yang disediakan adalah tembikai dan nenas. Minuman adalah air teh panas dan sirap ais. Alhamdulillah rezeki yang Allah kurniakan.
Telah memasuki hari ke-183 perang di Palestine. Selain daripada berita2 kekejaman Isreal, CikYong terbaca suatu kisah yang memotivasikan. Terdapat seorang hambaAllah yang dikatakan seorang rakyat Turki telah menjual rumahnya. Duit dari jualan tersebut di gunakannya untuk membeli khemah2 yang di sedekahkannya untuk rakyat Palestine di Rafah. Dan beliau yang berhati mulia ini dikatakan kini menyewa rumah untuk tempat tinggalnya. Oleh kerana beliau tidak mahu memberitahu namanya, maka rakyat Palestine menggelarnya dengan nama Abu Dahdah. Ianya mengambil nama sempena nama sahabat Rasullullah yang mendermakan kebunnya untuk Islam. Semoga Allah mengganjari beliau dengan syurga yang tertinggi. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:
Post a Comment