Saturday, 27 April 2024

Hari ke-117 di tahun 2024

 Assalamualaikum pagi yang masih diizinkan melaluinya. Hari demi hari, menghitung usia yang masih berbaki. Amalan masih sikit, menyampaikan ilmu belum dilaksanakan lagi, berdakwah entah bila hendak dimulakan. Ya Allah, kurniakanlah kepada kami taufiq dan hidayah untuk menjadi hamba yang bertaqwa. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari Jumaat mubarokah. 17 Syawal bersamaan 26 April.

Hari persekolahan terakhir untuk minggu ini sebelum hujung minggu tiba.

Seawal pagi sebelum Subuh, CikYong telah menyediakan roti telur, sandwich telur dan tart telur. Semuanya berasaskan telur pada pagi ini. Suami belikan bihun goreng untuk dijadikan bekal anak2. Untuk anak teruna sulong, CikYong bawakan bekal tambahan iaitu tart telur dan sandwich telur. Beliau akan kongsikan bekalnya dengan kawan2 di sekolahnya nanti.

Sambil CikYong sediakan bekal, sempt juga CikYong mendengar tafsir surah Yusof ayat 86 perihal kisah nabi Yaakob a.s. d de dengan anak2nya. 

Usai rancangan tafsir di ikim.fm, CikYong menyambung pula mudarasah kitab Al Wafi, masih lagi di perbincangan hadith ke-6. Perbincangan tentang haram, halal dan syubahah.

CikYong kemudiannya bersarapan bersama suami. Suami hanya menjamah roti telur sementara CikYong pula menjamah nasi goreng yang dipanaskan.

Setelah selesai menyelesai kerja2 rumah yang lain, CikYong masuk semula ke dapur untuk membuat bergedil. Ketupat segera telah pun CikYong rebus ketika bersarapan pagi. Sebelum anak2 CikYong pulang dari sekolah, CikYong telah siapkan juadah tengahari yang ringkas. Nasi putih dengan ayam goreng tepung. Sup ayam yang masih berbaki daripada semalam, CikYong panaskan sahaja. Begitu juga sup soto yang disimpan di dalam peti ais, CikYong panaskan juga. Bergedil dan ketupat mini telahpun siap, sedia untuk dimakan.

CikYong temankan anak teruna kedua makan tengahari. Kami makan sebelum masuk waktu Zohor. Sementara suami dan anak teruna sulong, mereka makan tengahari setelah pulang dari solat Jumaat.

Sebelah petang, hujan lebat disertai petir dan guruh seperti beberapa hari yang lalu.

Sebelah malam, CikYong menyantuni anak2 makan malam. Anak teruna sulong sedang berusaha melobi CikYong untuk beliau dibenarkan membeli game jika beliau berjaya mendapatkan nombor di dalam merentas desa pada esok pagi.

Perang Palestine memasuki hari ke-202.

Serangan Isreal di Gaza masih lagi berterusan. Kematian rakyat Palestine masih lagi terjadi. Perkhemahan demonstrasi aman di universiti2 di Amerika bertukar kepada ganas apabila pihak berkuasa bertindak ganas dan kasar ketika menahan pelajar2 yang berdemonstrasi.











No comments:

Post a Comment

Psikologi mendidik anak2

Mendidik anak2 penuh dengan seribu harapan dan tidak terkecuali diiringi bersama seribu kerisauan. Rasa tenangnya sedikit, rasa kekecewaanny...