Assalamualaikum hari yang indah. Suasana pagi yang indah. Bersyukur di atas umur yang masih berbaki. Alhamdulillah.
Hari Khamis, 16 Syawal bersamaan 25 April.
Hari persekolahan buat anak2 CikYong.
Hari ini merupakan hari terakhir puasa 6 buat suami. CikYong turut berpuasa sunat Khamis. Suami bersahur dengan nasi goreng sementara CikYong bersahur dengan roti canai dari peti ais yang dipanaskan. Gulai kari ayam lebihan semalam, CikYong panaskah juga.
Selepas Subuh, CikYong sediakan bekal untuk anak2 iaitu roti jala. Sambil menjala, CikYong pasang radio untuk mendengar tafsir Surah Yusuf ayat 84/85 di saluran ikim.fm. Usai selesai memasak dan rancangan tafsir selesai, CikYong sambung pula dengan mudarasah syarah kitab 40 An Nawawi secara dalam talian.
Sebelum CikYong memasuki kelas bahasa arab bersama ustazah, sempat lagi CikYong membuat brownies almond untuk dijadikan bekal ke sekolah anak2.
Pada tengahari, CikYong tidak memasak kerana suami belikan nasi ayam untuk makan tengahari anak2. Selepas Zohor, CikYong membuat sebiji lagi brownies. Kali ini untuk tempahan anak saudara CikYong. Sekolah anak saudara (anak adik ipar lelaki) akan mengadakan jamuan hari raya esok. Sebenarnya CikYong memang telah tidak menerima tempahan kuih, namun untuk keluarga terdekat, CikYong buatkan juga. Selepas mengambil anak teruna pulang ke rumah, suami tolong menghantarkan brownies ke rumah adik ipar lelaki (no.3).
Selepas Asar, CikYong mula masuk ke dapur. Hari ini CikYong hanya memasak nasi, sup ayam dan ayam goreng untuk juadah berbuka puasa dan makan malam.
Hari ke-201 perang di Palestine 🇵🇸.
Nethanyahu mengecam demonstrasi pelajar pro Palestine yang semakin galak berkembang di universiti2 di Amerika. Ironinya Isreal lah yang telah memusnahkan semua universiti di tanah Gaza.
Pihak berkuasa di Amerika telah menangkap berpuluh2 pelajar yang berdemontrasi di dalam kampus universiti mereka. Semangat pro-Palestine pelajar2 di sana semakin berkobar-kobar. Namun, lain pula cerita di tanah air. Telah di kongsikan berita perihal seorang ‘speaker’ yang merupakan pensyarah pro-Zionis dari negara Zionis dijemput menjadi speaker di salah sebuah universiti tempatan.









No comments:
Post a Comment