Thursday, 25 April 2024

Hari ke-108 di tahun 2024

 Alhamdulillah. Maha Suci Allah yang mencipta dan mengatur alam dan isi kandungannya.

8 Syawal bersamaan 17 April hari Rabu.

Hari ini CikYong berpuasa sunat Syawal bersama dengan anak2. Hari ini merupakan hari ke-dua buat CikYong, sementara untuk anak2 CikYong pula merupakan hari pertama. CikYong dan anak teruna sulong bersahur dengan nasi goreng, sementara anak teruna kedua bersahur nasi bersama sup dan telur dadar. CikYong sediakan juga roti telur sebagai menu tambahan.

 Suami CikYong masih tidak dapat menyertai kami berpuasa disebabkan suami perlu ke klinik kesihatan untuk diambil ujian darah. Suami telah berpuasa semenjak malam semalam untuk ujian darah pada pagi ini. Setelah di ambil darah, suami perlu pula makan sebelum diambil darah untuk kali kedua selepas dua jam berikutnya.

Hari ini hanya anak teruna sulong bersekolah. CikYong pula bawakan anak teruna kedua untuk temujanji doktor di klinik mata, hospital yang berdekatan. Anak teruna kedua masih mempunyai rawatan susulan berkaitan matanya yang menghidapi alergik. Menurut doktor yang memeriksanya, masih terdapat lagi kesan alergik di bawah kelopak matanya. Oleh kerana itu, ubat alergik masih perlu diteruskan. Doktor juga menyarankan pelembap mata yang lebih baik, namun ianya perlu dibeli sendiri di farmasi luar. Urusan di hospital selesai menjelang tengahari.

Sebelah petang, CikYong dapat mengikuti beberapa rakaman tertangguh siri MyQurantime sambil menyediakan juadah berbuka puasa. Hari ini CikYong memasak kari ayam, sayur campur dan ayam goreng. Alh diatas rezeki makanan yang diberikan.

Hari ini anak2 masing2 melobi CikYong untuk mendapatkan sesuatu. Anak teruna sulong meminta untuk dibelikannya e-games sementara anak teruna kedua pula ingin membeli set lego. CikYong bersetuju untuk membelikan e-games dengan syarat anak CikYong mendapat semua A di dalam perperiksaan pertengahannya. CikYong juga menyarankan kepada anak teruna kedua agar menunggu tawaran diskaun untuk dia membeli set legonya.

Hari ke-194 perang di Palestine. Isreal kembali mengebom Rafah, kem Al Maghazi dan Nusairat. Tempat permainan kanak2 di Rafah juga menjadi sasaran bedilan Isreal. Ya Allah hanya kepadaMu kami bergantung dan berharap. Amin amin ya rabbal alamin.










No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...