Thursday, 25 April 2024

Hari ke-106 di tahun 2024

 Selamat pagi, Assalamualaikum hari yang indah

Salam 6 Syawal 15 April hari Isnin.

Hari ini merupakan hari persekolahan pertama setelah seminggu bercuti hari raya. Pagi ini CikYong sediakan nasi goreng untuk bekal anak teruna sulong dan lemang dan rendang ayam pula untuk anak teruna kedua.

Hari ini adik CikYong dan keluarga pulang ke rumahnya di ibukota. Tiga orang anak saudara masih lagi bercuti sekolah. Sekolah mereka mula dibuka semula pada esok hari. Seorang lagi anak saudara, tidak hadir ke sekolah hari ini, di mana sekolahnya bermula pembelajarannya pada hari ini. Adik CikYong juga masih bercuti lagi pada hari ini. Setelah bersarapan, adik dan keluarganya mula berkemas.

CikYong bungkuskan nasi lemak dan bihun yang berlebihan daripada sarapan untuk dibawa balik oleh adik. Sarapan pagi ini, suami belikan nasi lemak bungkus, bihun goreng bungkus dan roti canai. CikYong bungkuskan juga kuih raya yang masih berbaki. Mercun dan bunga api yang masih berbaki juga CikYong berikan kepada anak saudara.

Sebelum meninggalkan kampung, adik dan keluarga singgah dahulu di kubur untuk menziarahi kubur arwah abah dan mak. Setelah mereka bergerak pulang, maka tinggallah kami sekeluarga di rumah peninggalan abah dan mak ini. Anak2 ketika pulang dari sekolah juga terasa akan suasana yang sepi di rumah.

Suasana rumah terasa begitu sunyi setelah seminggu dimeriahkan dengan adik beradik dan keluarga. Masing2 telah pulang ke tempat masing2 dan akan mula kembali bertugas. InsyaAllah jika masih direzekikan, kami akan dapat berkumpul lagi di masa akan datang. Amin amin ya rabbal alamin.

Hari ke-192 perang di Palestine. Perhatian dunia beralih sebentar ke dua kuasa penjajah iaitu Isreal dan Iran. Iran telah menghantar drone, meriam jarak jauh dan peluru berpandunya dari dalam Iran sendiri terus ke Isreal. Oleh kerana perjalanan peluru dan meriam menjangkau lebih dari 1,000km, maka perjalanannya dapat banyak dirakam dan dikongsikan di media sosial. Hanya beberapa peluru berpandu yang berjaya mengena sasarannya sementara yang lain dapat dipintas oleh Iron Dome Isreal dan peluru berpandu dari Jordan. CikYong tidak pasti samaada perkembangan terbaru ini akan memberi kesan yang baik atau buruk yerjadap situasi semasa di Palestine. Semoga Allah limpahi kekuatan buat rakyat Palestine dan umat Islam di seluruh dunia. Amin amin ya rabbal alamin.






No comments:

Post a Comment

36 hari menuju kemabruran haji

Assalamualaikum warahmatullahiwabakotuh... Semakin mendekati ke kemabruran haji.. اللهم  kurniakanlah haji mabrur buat semua duyuffurahman 1...