Salam Syawal
Hari Ahad 5 Syawal bersamaan 14 April.
Hari ini merupakan hari terakhir cuti persekolah bersempena hari raya.
Adik CikYong dan keluarganya yang baru tiba pada awal pagi kelihatan masih keletihan daripada perjalanan yang jauh. Pagi ini suami belikan nasi lemak bungkus dan roti canai sebagai sarapan kami.
Usai bersarapan, CikYong dan adik masuk ke dapur untuk memasak sup ekor dan rendang ayam. Usai sup ekor siap dimasak, kami hidangkan bersama bihun. Suami belikan tiga batang lemang untuk dimakan dengan rendang ayam yang telah siap dimasak.
CikYong mengambil kesempatan bersembang dengan adik yang telah lama juga tidak pulang ke kampung. Pelbagai topik kami berkongsi cerita dan mendapatkan perkembangan terbaru. Alhamdulillah di atas kesempatan yang dikurniakan.
Anak2 saudara perempuan yang telah besar di usia remaja telah mula kurang berinteraksi dengan sepupu2 mereka (anak2 CikYong). Mungkin juga disebabkan mereka telah mula meningkat remaja, maka perasaan segan telah mula timbul. Perbezaan yang begitu ketara berbanding ketika masih lagi kanak2, di mana masing2 begitu teruja untuk berjumpa dan bermain. Suasana ketika itu lebih meriah dan riuh rendah.
Sebelah petang, hujan turun dengan lebatnya. Kami semua hanya duduk di rumah sahaja dan tidak pergi menziarahi sesiapa pun. Suami adik mungkin ingin mengambil peluang hari ini untuk berehat di rumah sahaja.
Seorang kawan anak teruna sulong datang beraya ke rumah. CikYong hidangkan lemang dan rendang ayam untuknya.
Pada sebelah malam, CikYong sediakan makan malam yang ringkas sahaja. CikYong masakkan nasi, sayur goreng dan telur dadar. Sup ekor dan rendang yang masih berbaki, CikYong panaskan sahaja.
Setelah semuanya selesai makan malam, barulah CikYong dan adik menjamu selera. Usai makan dan mengemas dapur, CikYong pun menjenguk anak2 di ruang tamu. Rupa2nya telah ada yang tertidur. Lalu CikYong segera sediakan tempat tidur untuk mereka.
Hari ke-191 perang di Palestine.
Terdapat rakyat Palestine terbunuh apabila mereka ingin kembali semula ke rumah mereka di utara Gaza. Sebelum ini, mereka terpaksa berpindah ke selatan Gaza apabila Isreal mengebom utara Gaza.
Iran menyerang balas terhadap Isreal sebagai tindakan susulan daripada kedutaan Iran di Syria yang telah dibom oleh Isreal. Sementara itu, negara2 arab yang berjiran termasuk UAE, Oman, Arab Saudi kecuali Jordan telah menutup ruang udara masing2. Semoga Allah pelihara umat Islam di Palestine dan di seluruh dunia. Amin amin ya rabbal alamin.






No comments:
Post a Comment